LEMBAH maut! Itu gambaran wilayah Ciudad Juarez, Mexico yang terletak bersebelahan lembah El Paso, Texas – laluan pedagang-pedagang najis dadah dan pusat pengumpulan mayat mangsa kekejaman kartel dadah.
Lebih 5,500 pembunuhan telah terjadi di sini sejak Januari 2008. Angka itu adalah satu per lima daripada 25 ribu kematian yang melibatkan urusan dadah di Mexico selepas Presiden Felipe Calderon melancarkan perang terhadap kartel dadah secara besar-besaran. Kartel ialah rangkaian antarabangsa, pengeluar atau pengusaha dadah yang terlibat menguasai pasaran selain mengawal harga dadah.
| ni sangat kejam! kepala bersepah-sepah di atas lantai. |
Menurut sumber jabatan perangkaan Mexico, sebanyak 191 pembunuhan berlaku pada setiap 100 ribu penduduk di wilayah Juarez. Angka ini merupakan angka tertinggi selepas wilayah San Pedros, Honduras jatuh di tempat kedua dengan 119 pembunuhan setiap 100 ribu penduduk.
Ketegangan konflik kawasan hitam ini dihangatkan lagi dengan drama terbaru pada Jun 2010 apabila salah seorang calon gabenor di lembah berdarah ini ditembak mati dipercayai didalangi oleh kartel Juarez.
Rodolfo Torre ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Empat orang yang lain turut sama dalam kereta termasuk pemandu turut terbunuh dalam insiden kejam tersebut.
Torre yang juga merupakan pemangku Ahli Majlis Persekutuan, Setiausaha kementerian Kesihatan dan juga Pengarah Pembangunan Integriti Keluarga menjadi sasaran kartel dadah kerana menteri ini sedang berkempen dalam pilihanraya kecil Tamaulipas.
Salah satu manifestonya adalah memastikan keharmonian sejagat di Mexico, tetapi hasratnya dimatikan oleh organisasi yang merasa terancam terhadap laungan kempen Torre di seluruh pekan-pekan.
| geng samseng lawan samseng lain.. yang ini gambar sudah cukup bukti samseng tu memang samseng |
Mereka membunuh tanpa rasa belas, tidak kiralah individu tersebut daripada pihak berkuasa setempat mahupun orang kebanyakan. Malah, persengketaan antara kartel dadah yang lain turut menjadikan Juarez sebagai medan perang sesama mereka.
| mayat hugo hernandez dijumpai di sini..ewww! |
Pada 9 Januari 2010, mayat Hugo Hernandez, 36, dijumpai ditinggalkan di jalan Los Moschis terpisah kepada tujuh bahagian. Lebih mengerikan, pembunuh telah menyiat kulit muka Hernandez dan dijahitkan di permukaan sebiji bola sepak dan ditinggalkan di hadapan bangunan Dewan Perbandaran.
Selain itu, gadis muda turut menjadi mangsa kekejaman hawa nafsu kartel-kartel dadah dan samseng jalanan di Juarez.
Sejak tahun 1993, angka kematian yang dilaporkan oleh kerajaan setempat adalah seramai 400 orang tetapi angka sebenar dikatakan lebih 5000 orang telah dibunuh setakat tahun 2005.
Mangsa-mangsa ini berumur dalam lingkungan 12 hingga 22 tahun merupakan pekerja kilang. Mereka digoda, diculik dan dibunuh selepas dirogol.
| kubur mangsa wanita yang dibunuh kartel-kartel! |
Mayat-mayat gadis-gadis ini dicampak ke merata-rata tempat seperti di kawasan semak, kawasan padang pasir ataupun dalam longkang.
Sehingga kini, kes kehilangan anak-anak gadis berbulan lamanya semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana pihak media di Mexico turut diberi ancaman oleh kartel-kartel dadah ini. Wilayah Ciudad Juarez menjadi musuh ketat terhadap para wartawan melaporkan berita di sini.
Sekurang-kurangnya sembilan orang wartawan termasuk Santiago dibunuh pada tahun lepas. Tujuan mereka menyerang wartawan dan juru foto kerana mereka tidak mahu pihak akhbar menyiarkan aktiviti haram yang sedang mereka jalankan.
| cuba teka siapa gadis ini?? dia adalah ketua balai polis ciudad juarez, Marisol Valles Garcia, 20 tahun |
Setiap editor akhbar di Juarez diberi surat ugutan dan amaran oleh samseng-samseng ini. Beberapa akhbar yang takut dengan ancaman ini menghentikan laporan yang berkaitan dengan agenda penyeludupan mahupun pengedaran dadah yang berlaku di Juarez mahupun Mexico.Kekejaman terus membelenggu Ciudad Juarez, satu demi satu pembunuhan berlaku bagi mempertahankan kedaulatan kartel dadah demi untuk memastikan produk mereka tiba dengan selamat dan dinikmati pengguna-pengguna tegar di seluruh dunia, termasuklah Malaysia!
HOME
:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK