MUAMMAR GADDAFI MATI DIBUNUH 20 OKTOBER 2011
Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati pastinya meninggalkan nama diatas setiap perkara yang telah dilakukan oleh dirinya sepanjang hayat berada dimukabumi.
Dunia digemparkan oleh siri rampasan kuasa yang dimiliki oleh Gaddafi oleh pejuang yang menentang kepemimpinannya selama 4 dekad.Akhirnya beliau terkorban ditanah tumpah darahnya sendiri di Misrata.Namun disebalik keganasan yang dilakukan olehnya yang didakwa oleh sesetengah pihak,ada juga perkara positif beliau lakukan disepanjang hayat beliau.
Bermula dengan rampasan kuasa pada tahun 1969.Sejak dari itu Gaddafi merupakan seorang pemimpin yang paling lantang mengkritik Israel dan sekutunya,barat.Umumnya masyarakat dunia mengetahui beberapa siri peperangan yang dilancarkan oleh beliau terhadap negara-negara serantau sepanjang kuasanya di Libya.Kesan daripada ini Amerika Syarikat dan negara-negara lain mengiktirafkan Libya sebagai negara pengganas.Tripoli,Libya juga pernah di’bom oleh tentera udara As.Tetapi kuasa Gaddafi di Libya tetap utuh sehingga saat kematiannya pada 20 Oktober yang lalu
Seraya itu beliau juga membaling buku tesebut kearah belakang pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia.Mungkin tindakan Gaddafi adalah bertujuan menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pemimpin dunia yang gagal menegakkan keadilan dunia
Kesan tindakan beliau ini,tentunya menaikkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak yang lain.Dalam pada itu juga tindakan yang sama juga dilakukan oleh beliau ketika mesyaurat Agung Liga Arab,dimana beliau dengan beraninya mengkritik kepimpinan Arab mengenai isu di Palestin.
Sebenarnya banyak lagi tindakan dilakukan oleh Muaamar Gaddafi yang berjaya membuka mata sesetengah pihak,maka tidak hairanlah beliau mempunyai pengikut dan penyokong setia.
![]() | |
| KHEMAH MILIK MUAAMAR GADDAFI DIKATAKAN BERKALIS PELURU |
Jika dilihatkan sepanjang pemerintahan beliau,beliau ini merupakan seorang yang unik,dimana setiap kali beliau mengunjungi luar negara, beliau akan menginap di dalam khemah beliau sendiri dan bukannya hotel 5 bintang.Jarang sekali kita dapat melihat beliau berpakaian formal dimedia-media antarabangsa.Bahkan beliau lebih gemar memakai pakaian tradisional negaranya sendiri
Semoga dengan kepimpinan baru Libya ini dapat membangunkan kembali negara Libya dan membela nasib penduduknya.Libya juga merupakan salah satunya negara yang kaya dengan hasil minyak.
HOME


:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK