aa

28 March 2012

HIKAYAT KATAK


Sekarang musim hujan dah dtg, mesti bestkan kalau hujan2 dpt tido lagi2 lak time waktu kerja fuyohh best ha ha. Tiap kali hujan mesti sinonim dgn katak, sebab katak akan buat bising kemudian hujan maka wujudlah simpulan bahasa katak panggil hujan. hhmm korang masa kecik2 mesti selalu cikgu tadika korang nyanyikan lagu bangau oh bangau ha ha, kat situ korang tahu naper katak panggil hujan, sebab takut ular nak makan dia.
tapi aritu aku gi selak2 kitab lama kat rumah aku, tup2 aku terjumpa Hikayat Inderaputeri IV yg dah terkoyak2 makan usia, kat sini ade versi lain kenapa katak panggil hujan tak salah aku hikayat nie tulis oleh Dinalorenzo seorg tukang masak dari perancis yg menyeludup masuk ikut lorong tikus ke tanah melayu sebelum portugis serang Melaka ha ha, so aku nak share Hikayat Inderaputeri IV nie (cepat2 amik pop corn ha ha)
Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Puteri Manis Madu, demikian mula ceritanya, diceritakan oleh org yg punya ceritera ini, termaktub di dlm hikayat Inderaputeri akan peri Kampung Gunung Tak Rata, terlalu besarlah kerajaan dan terlalu canggih rakyat2 disana, ke hulu ke hilir dgn blackberry paling tidak pun iphone. Mana2 rakyat terlalu sibuk bercucuk tanam dlm farmville paling tidak pun sibuk mengupdate blog sambil duduk mencangkung dlm jamban. Begitulah peri rakyat Kampung Gunung Tidak Rata, semua sudah ‘potong’ guna wireless aje bahkan tiada wujudpun kedai2 jual wayar telepon.
Syahdan menurut yg empunya ceritera,di hujung Kampung Gunung Tak Rata, diamlah seorg puteri yg cantik,ayu,lemah lembut,bertudung, sopan santun orangnyer, Puteri Manis Madu namanya. Geranggan Puteri Manis Madu hobinya suka berchatting dan bersms, tidak kiralah sapa2 saja pasti dia layan. Maka tak putus2 lah rakyat2 jelata hendak berkawan dgn Sang Puteri.
Arakian hendak dijadikan ceritera, maka suatu ketika Puteri Manis Madu  teresak2 menangis ditepi kolam sambil memikir nasib dirinyer yg malang sebab si kakak Puteri Lumut Macho telah berkata2 laser kepadayer sebab selalu memainkan perasaan jejaka dipelusuk Kampung Gunung Tak Rata. Puteri Lumut Macho memang terkenal dikalangan pembesar2 negeri, Puteri yg tegas dah suka menyepak pembesar2 jika keputusannya tidak diambik kira (mau lepas nie lumut sepak aku ha ha oops interprem lak)
Berbalik kisah Puteri Manis Madu yg masih menangis ditepi kolam,setelah beberapa lama Puteri Manis Madu menangis, jauh ditepi kolam seekor katak pisang kaler hijau metalik, leka memerhati sambil melompat2. Hatta berapa lama melompat maka sampai lah katak itu ditepi Puteri Manis Madu. Syahdan, katak itu pun berkata2 lah dgn nada macho lagak romeo memikat juliet 
” Wahai Tuan Puteri, kenapa gerangan Tuan Puteri menangis teresak-esak ditepi kolam”
Maka Puteri Madu Manis mendengar suara macho katak, pengsanlah Tuan Puteri sebab terkujat, seumur hidup dia ini first time katak berkata2 dgn dia, selain tgk dekat youtube katak Kermit saja yg pandai menyanyi dah berkata, itu pun dlm bahasa omputeh.
Telah 5 jam 5 minit 5 saat terjagalah Tuan Puteri Madu Manis dari pengsan, maka hairan lah Tuan Puteri Puteri Madu Manis, kerna katak yg pandai berkata2 masih setia menunggu ditepinyer sambil jari2 katak tidak berenti merapu dlm blog guna handphone 3g. Berkata2 Tuan Puteri kepada sang katak.
“Betulkah kau yg berkata2 tadi”
katak hanya mengangguk kepalanyer (eerr katak ade leher ke ha ha)
“Oh kenalkan diri tuan hamba err katak, hamba tidak akan pengsan lagi” titah Tuan Puteri.
“Mohon patik berkata2 Tuan Puteri, Patik hanya sekor katak yg pintar lagi cute. Patik bkn sahaja pandai menulis blog, malah tahu menulis coding C++ kadang2 ade gak partime buat Java coding. Kalau bosan2 patik akan menggodam account streamyx boleh lah dpt duit poket sikit” jawab katak dgn penuh tulus ikhlas
“hhmm begitu kisahnye, tapi mcmmana tuan katak boleh bertukar ke katak yg genius malah cute lagi (ha ha),tuan katak salah makan ubat ke ?” tanya tuan puteri dgn penuh tanda tanya.
“Panjang cerita nyer tuan puteri, kalau hendak diceritakan 2gb gmail tu pun x cukup, bukan tu aje kalau tulis kat blog ramai org akan MC sebab sakit mata renung monitor, tapi utk tuan puteri, patik pendekkan lah ceriteranyer.
Ceriteranya bermula tersebut lah satu kerajaan jauh dihujung sana Kampung Hati Kacau, diam sorang puteri yg cantik dah ayu tapi selalu aje sayu dan pilu, Puteri Sayu-Pilu namanye. Dipendekkan ceritera Puteri Sayu-pilu telah jatuh gering. Maka bertitahlah Raja Putar Alam Lidah Berbelit, barang siapa dpt memulihkan Puteri Sayu-pilu maka akan dikahwinkan dgnnya. Maka berduyun2lah rakyat jelata dari yg jual ubat tepi pasar malam, hinggalah doktor2 pakar cuba merawat Tuan Puteri. Semua hanya hampa belaka, Puteri Sayu-pilu bertambah gering, bertambah sayu. Dipendekkan ceritera lagi he he, Patik pun muncullah mengubat Puteri Sayu-pilu, yg sebenarnya gering sebab line internet dia slow lagi lembab. patik telah mengupgradekan line broadband kepada talian tetap berkelajuan 10gb. Tersenyum giranglah Puteri Sayu-pilu, hilanglah kesayuan maka tampaklah keayuannyer. Tapi Raja Putar Alam Lidah Berbelit, telah memutarkan kata2nya sebab terkejut dgn invoice Patik bagi utk talian tetap yg berharga ratusan ribu dillar (matawang negara sana). Dengan itu Patik telah disumpah menjadi katak dgn pertolongan Ahli Sihir terkemuka Mokandyang The Nenek Kebayan. Sampai skrg Patik masihlah menggoogle utk merungkai sumpahan ini hu hu.”
Terlopong dan terkebil2 mata Tuan Puteri Madu Manis mendengar cerita pendek dari mulut katak yg comel
“Begitu ceritanya, baru beta faham”
“Izinkan patik bertanya kepada Tuan Puteri” berkata2 dgn macho si katak kepada tuan puteri. 
Tuan Puteri mengganggukkan kepala memberi izin.
“Kenapa gerangan Tuan Puteri menangis teresak-esak ditepi kolam, Tuan Puteri lapar ke ? nanti hamba telepon pizza”
“Beta tidak lapar, beta menangis sebab Kakanda beta Puteri Lumut Macho telah memarahi beta, dan tidak benarkan beta mengaccess facebook selagi beta tidak dpt mencari jawapan kepada soalan pop kuiznya” sambil teresak-esak Tuan Puteri Madu Manis menerang kepada katak comel.
“Boleh patik tahu apa soalannya, mungkin patik boleh google atau yahoo dlm internet” sambil katak comel membuka Mini Notebook Sony dan menyambung ke internet tanpa wayar.
“Betul tuan hamba boleh membantu beta, soalan yg kakanda bagi begitu mudah, tapi beta tidak dpt jawapannye lagi, soalannya bagaimana hendak menilai cinta ?,sudah puas beta fikirkan, nak ukur guna duit ke, pembaris ke, atau guna timbang hu hu” berkerut-kerut dahi tuan puteri menerangkan kepada katak comel.
“hhmm begitu kisahnya, rasa patik yg cute lagi comel nie rasa ade jawapan untuk tuan puteri, itu pun jika tuan puteri sudi mendengar lagi ceritera dari patik yg comel nie”
Tuan puteri hanya menggangguk, mengiyakan.
“Begini kisahnya, cireteranya disuatu pulau kecil tidak jauh dari kampung ini Pulau Austronesia tinggalah berbagai macam benda abstrak: antara lain ada cinta, kekayaan, kecantikan, kesedihan, kegembiraan dan lain – lain. Mereka hidup berdampingan dengan baik.
Namun suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut yang tiba -tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu macam citer 2012 tu. Semua penghuni pulau cepat – cepat berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kelam-kabat (lagi teruk dari kelam-kabut) sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia hanya berdiri ditepi pantai mengharap pada pertolongan. Sementara air makin naik membasahi kaki Cinta.
Tak lama cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu. 
“Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku…!” teriak Cinta. 
“Maaf Cinta.. ” kata kekayaan.
” Perahuku telah penuh dengan harta bendaku, aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu diperahu ini.” Lalu kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.
Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya kegembiraan datang dengan jetski ” Kegembiraan! tolong aku..!” teriak Cinta. Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia baru dpt lesen bawak jetski sehingga ia tidak mendengar teriakan Cinta.
Air makin tinggi membasahi Cinta sampai kepinggang, Cinta pun semakin panik. Tak lama kelihatanlah kecantikan. 
” Kecantikan! Bawalah aku bersamamu..!” teriak Cinta. 
“Ceh, Cinta.. kamu basah dan kotor. Aku tak nak membawamu.  Nanti kau akan mengotori speedbot yang indah ini.” sahut Kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itu lewatlah Kesedihan, 
” Oh Kesedihan, bawalah aku bersamamu” kata Cinta. 
” Maafkan aku Cinta.. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..” kata Kesedihan sambil terus berlayar bersama kapal layarnya.
Cinta putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat itulah tiba-tiba terdengar suara 
” Cinta..!mari cepat naik ke rakitku!” Cinta menoleh ke arah suara cepat-cepat Cinta naik ke rakit itu sebelum air menenggelamkannya.
Di pulau terdekat, setelah Cinta selamat diturunkan dia segera pergi . Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang telah menyelamatkannya. 
Cinta segera menanyakan kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya yg menyelamatkannya. 
” Oh, dia adalah Waktu” kata orang itu. 
“Tapi, mengapa ia menyelamatkanku..? Aku tak mengenalnya.. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku” 
tanya Cinta penuh hairan. 
” Sebab, hanya Waktu lah yang tahu berapa nilai nya Cinta itu…”.
“Begitulah ceritanya tuan puteri, hanya waktu dpt menilai cinta, kita sering dilalai dgn waktu bahagia ketika bercinta, tp bila waktu duka baru kita dpt menilai betapa hebatnya cinta itu. Sebab tanpa waktu tidak akan wujud hari ini esok dan semalam (mcm tajuk blog lak ha ha) dan waktu itu juga akan menjadi kenangan dan sejarah yg akan mendewasakan kita” terang katak sambil melukis flowchart guna visio pada tuan puteri.
“Oh katak, kau telah menyedarkan beta yg sering memainkan perasaan jejaka2 dlm internet dan mencari jawapan soalan beta, apa beta boleh membantu supaya tuan hamba balik kepada asal” tanya tuan puteri beria2
“Begini tuan puteri, patik telah mencari2 formula utk merungkai sumpahan ini, tapi patik perlu pertolongan tuan puteri utk ..” belum sempat katak comel bagitahu apa perlu dibuat, Tuan Puteri Madu Manis telah mencium mulut katak dgn penuh berahi ha ha.
Maka langit bertukar menjadi gelap, petir sambung menyambung, hujan mencurah2 asap berkepul2 keluar, tetiba aje Tuan Puteri Madu Manis bertukar menjadi pelangi setelah mentari menyinar kembali. Meraung2lah katak kerna Tuan puteri yg disukai bertukar menjadi Pelangi sebab belum sempat katak memberi instruction tuk mengubah dirinya menjadi manusia. Sepatutnya Tuan Puteri tak payah mencium katak tapi hanya “poke” aje katak dlm Facebook sebanyak 3 kali ha ha.
Bermula dari situ katak pun menjadi penunggu tidak kesudahan, setia menanti pelangi yg tidak pasti akan muncul tiba nya sambil menyanyi lagu “Seperti pelangi”
Seperti pelangi
Cintamu di hatiku
Walau indah kurasa
Kau tak mungkin di sini
Di sisiku
Andai di hatimu
Hanya aku cintamu
Melukiskan inginku
Walau kini ku mengerti
Kau bukan untukku
Harusnya ku tak pernah mencintamu
Walaupun semuanya indah
Kau yang tak mungkin kumiliki
Seperti pelangi ku hanya bisa menatapmu
Tak seindah mimpi
Tanpamu di sisiku
Semua hilang dan pergi
Hanya rindu yang kurasa
Hancurkan hatiku
Ingin ku melupakanmu
Namun s’lalu kurindu
Tak ingin kusesali
Walau s’lalu di hatiku
zaman berzaman berlalu katak pun hilang suara sebab selalu menyanyi sambil menangis, katak tidak petah berkata2 lagi hanya suara “ong ong kedek kedek” saja mampu keluar dari mulut katak comel mengharapkan hujan datang maka akan muncullah pelangi menghiburkan hati dan mengubat hati katak.
he he inilah versi merapu kenapa katak panggil hujan ha ha
p/s: aku bkn penulis cerpen atau novel so mintak maaf kalau tulisan aku tak best, sekadar nak merapu aje. lagi satu citer ni x de kena mengena dgn yg hidup, nak mati atau pun sudah mati. nama dan watak hanya imiginasi aku aje, kalau korang terasa maafkan aku yer hu hu.

sumber : calukiscencaluk.com




Comments
0 Comments

No comments:

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Post a Comment

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n     :p   :q   :r   :s   :t Add smileys to Blogger +

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK