Apa yang bakal di tuliskan adalah dari bahan bacaan empunya blog dan ingin sekali dikongsikan bersama
sama sebagai suatu peringatan kepada para pembaca yang budiman .Jika ada kesilapan ia adalah datangnya dari saya sendiri..Saya hanya menaip semula segala apa yang tertulis dalam kandungan buku tersebut.
Prakata
( Dari penulis/penyusun asal )
Bumi ini sudah terlalu tua dimakan zaman dan uzur pula akibat tindakan manusia serta maksiat yang berleluasa disana-sini.
Amat perlu sangtlah kezahiran Nabi Isa a.s dan Imam Al Mahadi untuk memimpin umat manusia yang pincang ini agar islam ini sekali lagi dapat memayungi seluruh alam.
Apakah kezahiran mereka ini telah hampir?.Lebih-lebih lagi setelah satu persatu tanda-tanda kecil kiamat telah berlaku.Sama samalah kita menanti.
Buku ini mengisi koleksi peristiwa tanda-tanda kiamat yang sudah dan akan berlaku,agar ianya merupakan peringatan kepada manusia yang lalai.
Dunia ini tidak kekal selama lamanya.Suatu hari nanti pasti Allah musnahkan bumi ini dan mematikan seluruh makhluk yang ada.
Firman Allah S.W.T
"Dan kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main main.Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan kalau mereka mengetahui".
PENYUSUN
KIAMAT KIAN MENJELANG TIBA
Hari ini,kita berhadapan dengan suasana akhir zaman.Tanda tanda kemusnahan muka bumi Allah ini sudah begitu banyak sekali.Begitu banyak sekali hadis hadis Rasulullah mengambarkan peristiwa akhir zaman sebelum berlakunya kiamat,sudah pun terjadi.Seperti kata Rasulullah,di akhir zaman nanti,emak menjadi hamba,anak jadi tuan.Hal ini sudah berlaku di merata rata.Emak-emak hari ini terpaksa menunggu cucu-cucunya,mengatur rumah dan sebagainya kerana anak-anak mereka bekerja makan gaji.Begitu kata Rasulullah,di akhir zaman lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.Ini dapat kita lihat di hadapan mata kita.Dan lagi kata Rasulullah,banyaknya terjadi anak zina di akhir zaman.Ini bukan sahaja dari berlakunya zina,malah antara suami isteri pun kadang kadang boleh terjadi anak zina,kerana masing-masing tidak mengetahui syariat.
Begitu juga kata Rasulullah,diakhir zaman Quran hanya menjadi bacaan.Islam hanya menjadi rasmi dan masjid hanya tinggal bangunan.Hari ini,Quran memang menjadi bacaan sahaja.Dilagu lagu dan dipertandingkan tetapi sedikit pun tidak diamalkanapa yang disebut oleh Al Quran.Tok-tok guru yang mengajar Al Quran hanya boleh menceritakannya dan membacakannya tetapi tidak boleh mengamalkannya.Agama Islam pula kita perhatikan hari ini,hanya menjadi upacara rasmi seperti upacara doa selamat,upacara sambutan Maulud,upacara sambutan Hijrah,upacara pebukaan rasmi itu dan ini dan bermacam macam lagi upacara rasmi agama.Ia bukan untuk dijadikan sebagai panduan hidup yang membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.
Dan mengenai masjid masjid,dunia hari ini penuh dengan bangunan masjid yang indah indah dan besar tetapi orang berjemaah yang menggunakannya boleh boleh dibilang jari.Masjid yang begitu indah di zaman ini tidak lagi berfungsi sebagai pusat dakwah serta pusat pengajian umat islam.Tinggalah bangunan yang tersergam besar dan indah saja.
Selain dari itu,Rasulullah juga ada berkata bahawa orang yang hendak mengamalkan hidup mengikut Al Quran dan sunnah begitu pahit sekali,sentiasa dizalimi,dicaci dan di tohmah.Ini jelas berlaku dihari ini,dalam mana para pejuang yang hendak menegakkan Al Quran dan sunnah sentiasa menjadi sasaran pemerintah kerajaan-kerajaan dunia.
Begitu juga kata Rasulullah,diakhir zaman umatnya akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani selangkah demi selangkah sampai terjerumus ke dalam lubang biawak.Hari ini,umat islam di seluruh dunia telah terlibat dengan kehidupan Yahudi dan Nasrani ini di setiap aspek dan setiap bidangnya.Bermula dari makan minum,dari menyusun rumahtangga,menyusun pendidikan anak-anak hinggalah kepada kenduri kendara,menyusun ekonomi,perjuangan dan jihad dan lain-lainnya,semua itu adalah mengikut susunan dan cara Yahudi dan Nasrani.
Rasulullah juga berkata,diakhir zaman nanti amat susah sekali untuk mendapatkan rezeki yang halal,sehingga setengah ulama turut mengatakan hampir mustahil untuk mendapatkan rezeki yang halal di akhir zaman.Lihatlah rezeki yang kita perolehi pada hari ini,kalau tidak haram sekurang kurangnya syubahat.Dan yang mententeramkan hati.Ini memang benar,sahabat sahabat di akhir zaman hanya teman diperjalanan,teman waktu sama berada.Bila susah seorangnya,tinggallah dia keseorangan.
Dan Rasulullah juga ada berkata,diakhir zaman orang akan menjual agamanya kerana dunia.Kita lihatlah hari ini betapa begitu ramai sekali orang yang menjadikan agama sebagai mata pencariannya.Hendak sembahyang mayat pun kena pakai upah,hendak baca tahlil pun mesti ada upahnya,mengajar fardhu ain pun mesti ada upahnya dan lain lainnya.
Pendek kata,kalau kita hendak senaraikan apa sahaja yang telah disebutkan oleh Rasulullah tentang akhir zaman,semuanya sudah berlaku di depan mata kepala kita.Berertilah bahawa,kita inilah umat akhir zaman dan berertilah kita ini adalah umat yang hampir di ambang pintu kiamat.Apakah kita masih lalai lagi dengan pembangunan dunia hingga tidak terlintas langsung di kepala kita akan hari KIAMAT?
Bersambung bab .... ( BENCANA ALAM TANDA KEMUSNAHAN MUKA BUMI )
HOME


:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK