Sesungguhnya Dajjal itu fitnah terbesar yang belaku di dalam dunia ini.Ia mendakwa dialah Tuhan.Maka adalah dajjal itu orang yang yang sangat muda,lagi tidak berjanggut,ada baginya misai.Kata setengah ulama,buta sebelah mata kiri,pada setengah yang lain tiada tertentu mata yang kiri atau kanan kerana seringkali berganti ganti buta.Sekejap kiri dan setengah masa yang lain pula mata sebelah kanan.
Adalah mata dajjal itu timbul bijinya seperti biji buah ghanib.Sesungguhnya tiada bandingan akan matanya itu.Bentuk tubuhnya sangat tambun,tingginya 28 hasta,lebar antara 2 belikat itu 30 hasta,panjang dahinya 2 hasta.Dan ada pada dajjal itu tanduk patah pada kepalanya.Beberapa ekor ular keluar dari rambutnya bercabang seperti cabang kayu.
KELUAR DARI NEGERI KHURASAN
Sebelah dari tangannya panjang dari yang satu lagi mencapai ia akan ke awan akan tangannya itu,dan ia boleh mengambil ikan di laut dan dibakar kepada matahari.Ia berjalan di laut sekadar tumitnya sahaja.Ia keluar dari negeri Khurasan.Dan ia berteriak 3 kali sehingga di dengar oleh penghuni musyrik dan maghrib.Dan dilipatnya akan bumi iaitu di singkatkan bumi itu hingga beberapa jauh sekalipun dapat ia berjalan dengan satu saat.
Dan ia mempunyai seekor himar yang terpotong ekornya,putih warna bulunya dan antara dua telinganya itu 40 hasta.Dan kata setengan ulama pula 7 hasta dan dapat bernaung dibawah dari salah satu daripada telinganya 70 orang.Setiap langkahnya itu adalah umpama perjalanan manusia biasa selama 3 hari.
Dan terdapat pada belakang dajjal itu mimbar dari tembaga.Maka duduklah ia di atasnya.Di antara jemaah yang mengikut akan dajjal itu ialah jemaah dari jin dan manusia yang mempunyai permainan yang sia sia dan segala kelakuan yang sia sia.
HOME

:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK