aa

08 August 2012

Sifat dan Akhlak Ahli Sufi ( soal jawab )



SOALAN
Bagaimana keadaan kehidupan ahli Suffah?
JAWAPAN
Dr. Abdul Ghafar al-Taftazani berkata: Sebenarnya kita dapati bibit kehidupan rohani Islam tidak hanya tertanam di hati Nabi s.a.w dan pada keempat sahabat beliau, sebaliknya kita dapati pada sahabat-sahabat Baginda yang lain, contohnya ahli Suffah. Mereka mempunyai kesan yang jelas dalam sejarah kerohanian Islam hingga ada yang berpendapat nama tasawwuf itu diambil daripada mereka.
Ahli Suffah ialah sekumpulan orang Muhajirin dan Ansar  yang fakir yang tidak mempunyai harta dan keluarga. Maka dibinakan satu serambi di belakang masjid Nabi s.a.w. Mereka tinggal di situ semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Membersihkan hati, dan menjauhkan diri daripada keseronokan dunia sehingga Allah menurunkan ayat khusus bagi mereka kepada Rasulullah s.a.w.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Kahfi, ayat 28 yang bermaksud:
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
Abu Na’im al-Asfihani menggambarkan ahli Suffah dalam kitabnya Haliyah al-Auliya’, katanya:
“Mereka sekumpulan orang yang benar-benar tidak bergantung kepada sesuatu yang tidak kekal. Mereka makhluk yang selamat daripada pengaruh keduniaan dalam menunaikan kewajipan kepada Allah. Mereka menjadi ikutan bagi orang faqir yang menjauhkan diri daripada keseronokan dunia. Mereka tidak bergantung kepada keluarga dan harta. Mereka tidak dilalaikan oleh perniagaan dan kehidupan daripada mengingati Allah. Mereka tidak berdukacita atas perkara yang tidak mereka miliki daripada dunia dan mereka tidak gembira kecuali sesuatu yang menguntungkan mereka pada hari akhirat.”
Rasulullah s.a.w sangat mengasihi mereka dan duduk bersama mereka dan menggalakkan orang ramai menghormati dan mengenali mereka. Abu Hurairah r.a antara yang amat dikenali tinggal di Suffah semasa Nabi hidup. Kitab-kitab Tabaqat banyak menceritakan kepada kita tentang beliau, zuhud dan kesederhanaannya, begitu juga sahabat-sahabat lain yang tinggal di Suffah.
Di samping ahli Suffah, ada segolongan lain daripada sahabat yang kehidupan mereka penuh dengan zuhud dan beribadah. Antara mereka ialah Mu’az bin Jabal, `Amran bin Hussin, Salman al-Farisi, Abu Zarr al-Ghifari, Abu `Ubaidah bin al-Jarrah, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Abdullah bin Umar, Huzaifah bin al-Yaman, Bilal al-Habyi dan Suhaib al-Rumi. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui kehidupan dan tutur kata mereka, bolehlah rujuk kepada kitab-kitab seperti Haliyah al-Auliya’ oleh Abu Na’im al-Asfihani dan al-Luma’ oleh al-Tusi.




Comments
0 Comments

No comments:

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Post a Comment

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n     :p   :q   :r   :s   :t Add smileys to Blogger +

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK