aa

09 October 2012

CERITA SAYA,ARWAH AYAH DAN SEPASANG KERIS





BILA BACA TENTANG NI AKU TERINGAT MASA ZAMAN KECIK KECIK DULU....TERINGAT DIMASA ARWAH AYAH MEMPUNYAI SEPASANG KERIS JAWA.SAYA MENGAKU SAYA DARI KETURUNAN JAWA.TAK ADA APA YANG DIMALUKAN MALAH AKU MERASA BANGGA.BANYAK KEUNIKKAN PADA BANGSA JAWA NI TAW PADA MEREKA YANG TAHU LA.SATU KERIS YANG BERLUK 7 DAN SATU KERIS YANG LURUS.DARI CERITA ORANG ORANG TUA YANG AKU TAHU KERIS ARWAH AYAH NI ADALAH SEPASANG DAN ADA AYAH MEWARISINYA DARI SEORANG RADEN KAT KAMPUNG KAMI.SALASILAH RADEN NI AMAT DIHORMATI DI PENEMPATAN KAMI.KIRA RADEN INILAH ANTARA MEREKA MEREKA YANG TERAWAL MENEROKA PERKAMPUNGAN YANG KAMI DIAMI.

OK BERBALIK PASAL KERIS NI.DARI ARTIKEL YANG SAYA BACA NI SAYA NAK CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG APA YANG SAYA TAHU DAN APA YANG SAYA AKAN SAYA TULISKAN NANTI ANTARA BETUL ATAU TIDAK HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI.SAYA CUMA BERKONGSIKAN SEKELUMIT CERITA SAYA,ARWAH AYAH DAN SEPASANG KERIS MILIK ARWAH AYAH.MUNGKIN ADA YANG AKAN MENGATAKAN SAYA NI TERLALU FANATIK NANTI BILA MEMBACANYA.OPS! SAYA BUKAN BEGITU.

DARI CERITA YANG DISAMPAIKAN KEPADA SAYA SEBENARNYA ARWAH AYAH HANYA MEMPUNYAI SEBILAH KERIS SAHAJA.YANG MANA SATU SAYA TAK PASTI.YE MUNGKIN ITU KERIS PUSAKA DARI ORANG YANG TERDAHULU DAN SEHINGGA TIBA DAN DIWARISI OLEH AYAH.MASA KECIK KECIK DULU FOR SURE LA KITA NI KALAU BERMAIN MESTI KUAT BERANGAN KAN.KORUNK JANGAN TAK NGAKU PLAK.KALAU YANG POMPUAN MESTI NAK JADI PUTERI LA APA LA...YANG LELAKI NAK JD SUPERHERO DAN SEBAGAINYA....APA PUN YANG PASTI SEMUANYA INDAH DALAM PEMIKIRAN KITA SEHINGGA MENGINJAK DEWASA BARU KITA TAHU YANG IMPIAN KITA ITU REALISTIK ATAU PUN TIDAK..

DIMASA ARWAH AYAH MEMPUNYAI HANYA SEBILAH KERIS NI RADEN YANG SAYA MAKSUDKAN ADA MEMPUNYAI BERBAGAI KOLEKSI WARISAN SENJATA LAMA. SEPERTI KERIS DAN LEMBING.DI ZAMAN KECIK KECIK SAYA DAN SEORANG KAKAK SAYA DIHANTAR MENGAJI QURAN DI RUMAH RADEN TERSEBUT MAKA TERKADANG TERINTAI INTAI JUGAK KOLEKSI WARISAN BELIAU YANG TERGANTUNG KEMAS DI DINDIND DINDING RUMAH BELIAU.MEMANG IA WARISAN SENJATA LAMA.

BERBALIK CERITA MENGENAI SEBILAH KERIS ARWAH AYAH NI.APA YANG DIBERITAHU KERIS TERSEBUT SELALU MENAKUTKAN.ARWAH AYAH MENYIMPANNYA DIDALAM SATU ALMARI DI SAMPING DI SELIMUTI DENGAN KAIN KUNING.MAKSUD SAYA APA YANG MENAKUTKAN ITU ADALAH ADA SUATU MASA ALMARI ITU AKAN BERGEGAR SEPERTI ADA SESUATU YANG MERONTA RONTA DI DALAM ALMARI TERSEBUT.NAMUN BEGITU SAYA TIDAK PERNAH MENGALAMI ATAU MELIHAT SENDIRI KEJADIAN TERSEBUT.DI INGATKAN KEMBALI INI HANYA SEKADAR CERITA.

BERBALIK PULA KEPADA RADEN TERSEBUT.ARWAH AYAH DAN RADEN TERSEBUT MEMANG MENGENALI.SEJAUH MANA RAPATNYA TIDAK SAYA KETAHUI.NAK DI JADIKAN CERITA RADEN NI ADA BERCERITA TENTANG KOLEKSI WARISAN KERIS NYA PADA ARWAH AYAH DAN DALAM BANYAK BANYAK KERIS YANG BELIAU WARISI ADA TERDAPAT SATU KERIS YANG BELIAU SENDIRI TIDAK DAPAT MENCABUT IA DARI SARUNGNYA.MAKA MUNGKIN ARWAH AYAH BERPENGALAMAN DAN RADEN MEMINTA ARWAH AYAH ATAU AYAH YANG ARWAH AYAH YANG MENAWARKAN DIRI UNTUK MELIHATNYA ITU SAYA TIDAK PASTI.

TATKALA SAMPAI DI RUMAH RADEN TERSEBUT MAKA RADEN TELAH MENUNJUKKAN KERIS TERSEBUT KEPADA ARWAH AYAH DAN CUBA JUGA UNTUK MENGELUARKAN BILAH KERIS TERSEBUT DARI SARUNGNYA TAPI SEBAGAIMANA YANG DIBERITAHU PADA ARWAH AYAH DIA GAGAL UNTUK BERBUAT BEGITU.LALU DISERAHKAN KERIS TERSEBUT KEPADA ARWAH AYAH UNTUK DITELITI.NAK DIJADIKAN CERITA APABILA KERIS TERSEBUT BERADA DALAM GENGGAMAN TANGAN ARWAH AYAH,ARWAH AYAH DENGAN MUDAH DAPAT MENGELUARKAN BILAH KERIS TERSEBUT.MAKA TERKEJUTLAHRADEN TERSEBUT KERANA TELAH SEKIAN LAMA IA CUBA BERBUAT BEGITU DAN HANYA GAGAL.

ORANG ORANG YANG MEMAHAMI TENTANG DUNIA KERIS NI KALAU BENAR BENAR FAHAM AKAN TAHU MAKSUD YANG TERSIRAT.RADEN TERSEBUT MENGATAKAN MUNGKIN JODOH KERIS TERSEBUT BUKAN DI TANGANNYA.LALU RADEN TERSEBUT MENGHADIAHKAN KERIS TERSEBUT KEPADA ARWAH AYAH DAN PERCAYA ARWAH AYAH ADALAH PEWARIS YANG SEPATUT MENYIMPANNYA.MAKA SEJAK HARI ITU IA BERTUKAR MILIK MENJADI WARISAN ARWAH AYAH.

DAN DARI SITULAH ARWAH AYAH MEMPUNYAI SEPASANG KERIS.YANG MENJADI KEHAIRANAN PADA MEREKA YANG TAHU...SEJAK HARI ITU TIADA KEJADIAN YANG PELIK PELIK SEPERTI ALMARI BERGEGAR BAGAI YANG DI ALAMI SEBELUMNYA.DAN MELAUI PERTANYAAN SAYA KEPADA ORANG ORANG TERDAHULU BAHAWASANYA KERIS NI ADA JANTINANYA DAN DIMAKLUMKAN BAHAWASANYA KERIS SEPASANG ITU ADALAH BERLAINAN JANTINA DAN DIMUDAHKAN PENERANGAN UNTUK SAYA BAHAWA KEJADIAN ALAMARI BERGEGAR TERSEBUT KERANA SEBILAH KERIS ARWAH AYAH TERSEBUT MERONTA MAHU DI PERTEMUKAN DENGAN PASANGANNYA YANG SELAMA INI MENJADI WARISAN KEPADA RADEN YERSEBUT.APA PUN JANGANLAH KITA TERLALU FANATIK ATAU PERCAYA MEMBUTA TULI.SESUNGGUHNYA TIADA DICIPTAKAN SESUATU ITU DENGAN HANYA SIA SIA.HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

SETELAH KETIADAAN ARWAH AYAH SAYA TIDAK MENGETAHUI DI MANA SEPASANG KERIS TERSEBUT.DAN DARI SUMBER SUMBER YANG SAYA DENGAR KERIS TERSEBUT ADA BERPINDAH TANGAN KEPADA ORANG LAIN TAPI TIADA KESERASIAN PADA MEREKA YANG MENYIMPANNYA DAN AKHIRNYA IANYA DIKEMBALIKAN KEPADA RADEN YANG BERKENAAN DAN PADA FIKIRAN SAYA MEMANG BELIAULAH YANG LEBIH BERHAK UNTUK MEWARISINYA...

BANYAK SEBENARNYA YANG KALAU NAK SAYA CERITAKAN TENTANG KESINAMBUNGAN CERITA NI TAPI NANTI DULU LA....POST NI SEBENARNYA NAK KONGSI ARTIKEL YANG SAYA BACA NI...KORUNK BACA DULU YE....

INGAT LA WAHAI PEMBACA...JANGAN MEMBACA SESUATU ITU TANPA "AKAL"...

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAUI...

DIBAWAH ADALAH ARTIKEL YANG SAYA BACA DAN SUMBERNYA ADALAH DARI...


Keris...
Satu hari maka terbaca penulis akan satu cerita, mengenai bagaimana seorang hamba Allah, yang begitu sering kali berzikir, diberi satu hasutan daripada Syaitan, bahawa zikirnya itu tidak dijawab oleh Allah swt.  Syaitan menghasut kepadanya dengan berkata sudah begitu lama dia berzikir dan tiada jawapan pun yang hasil daripada zikirnya itu.  Maka bersedihlah hamba Allah itu.  Pada malam harinya, beliau didatangi oleh Nabi Khidir dalam mimpinya dimana Nabi Khidir berkata,”Ah, kamu sudah mula tidak mahu memanggil kepada Tuhanmu dan aku menasihati kamu supaya bertaubat daripada membuat nyata niatmu itu.”  Hamba Allah itu berkata, “Aku kecewa kerana tidak ku terima jawapan, ‘di sini Aku’, dari Tuhanku. Aku khawatir bahawasanya usahaku ini seperti dijawab dengan pintu yang tertutup.”  Kata Nabi Khidir pula, “Allah swt, telah memberi ku arahan untuk bertemu kamu dan beritahu kepada mu, bahawa setiap ‘Ya Allah’ yang kau ucapkan itu adalah jawapan ‘Aku di sini’.”
Ceritanya ini amat panjang namun penulis rasa cukup sampai disini penulis sampaikan cerita ini kerana ini adalah jantung kepada kesemua cerita yang penulis baca saban hari.
Pernah satu hari, penulis diberi nasihat oleh seorang hamba Allah yang mengatakan bahawa didalam alam ini, setiap sesuatu berpegang kepada tiga perkara, iaitu, Adab, Falsafah dan Rahsia. Begitulah ciptaan Allah swt, penuh dengan adab, penuh dengan falsafah dan penuh dengan Rahsia.  Sholat lima kali sehari pun penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia.  Bangsa Melayu, adalah antara bangsa yang penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia.  Dari pemakaiannya, cara memakan, cara berjalan, cara berlawan hinggakan ke senjatanya, penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia.  Oleh kerana penulis begitu minat dengan senjata keris, maka pada tulisan ini, penulis hanya akan menumpukan perhatian kepada ciptaan yang begitu indah ini yang terhasil daripada datuk nenek moyang kita.  Penulis rasa amat berat untuk menulis artikel ini kerana takut tersilap dalam penyampaian dan masih lagi mempelajari ilmu ciptaan indah senjata nenek moyang kita ini.  Namun berbalik kepada Adab, Falsafah dan Rahsia, oleh kerana keris ini juga berpegang kepada tiga perkara ini, maka penulis rasa sudah masanya penulis bukakan cerita keris sebanyak yang mungkin menurut pengetahuan penulis sendiri.
Keris dicipta dengan niat membunuh.  Mata keris apabila dikeluarkan dari pakaiannya, tidak lain adalah untuk menjaga maruah dan untuk membunuh.  Bukan untuk mempertahankan diri, tapi lebih kepada membunuh.  Maka ada pihak yang berkata, keris ini begitu pendek, begitu pelik untuk dijadikan senjata.  Cara memegangnya juga amat pelik dan adalah susah untuk dipergunakan untuk membunuh. Pandangan seperti ini sering kali datang dari mereka yang melihat pedang ataupun senjata yang panjang dan tajam sebagai senjata yang efektif.  Di sini, kita mengerti bahawa, pada pandangan orang seperti ini, senjata yang efektif mempunyai sifat-sifat seperti pedang ataupun senjata yang “sewaktu dengannya”.  Keris tidak mempunyai sifat sebegitu.  Pendek dan bagi orang Melayu, dipegang seperti pegang pistol.  Sudah tentu seandainya berdepan dengan orang yang memegang pedang, habis riwayat orang Melayu yang berkeris ini.  Jadi apakah silap datuk nenek moyang kita dalam membuat keris sebagai senjata orang Melayu?  Apakah silap nenek moyang kita dalam Adab, Falsafah dan Rahsia mereka?  Kalau benar, maka itulah sebabnya kita dijajah kerana kita tersilap membuat senjata. Sementara mereka perpedang, kita berkeris.  Sementara mereka mempunyai meriam, kita mempunyai lembing, sumpit dan sebagainya.  Sejarah tidak boleh diubah.  Kita, orang Melayu pernah dijajah.  Mungkin Allah swt inginkan ianya begitu kerana pada mata Allah swt, semuanya indah.  Tapi, pada pandangan penulis pula, penulis bersyukur, kerana yang menjajah kita orang Inggeris dan bukan orang lain.  Bagi mereka yang terperanjat dengan kenyataan penulis, penulis mensyorkan supaya baca buku lantai T. pinkie yang ditulis oleh Datuk Abdul Samad bin Muhammad Said (A Samad Said).   Walau bagaimana pun, sebaiknya, jangan sesekali kita dijajah, namun, sejarah tetap sejarah, dan setiap sesuatu ada kebaikannya.
Di sini, penulis ingin memperbetulkan padangan mereka yang mempunyai pandangan senjata keris ini salah ciptaannya kerana nenek moyang kita silap tentang Adab, Falsafah dan Rahsia mereka. Ingin juga penulis mengatakan ada perbezaan antara keris Melayu dan keris Jawa. Di sini, penulis tumpu kepada keris Melayu.
Datuk nenek moyang kita mengerti bahawa untuk membunuh seseorang, kita tidak perlu senjata yang panjang dan begitu tajam. Malah, falsafah yang wujud amat unik.  Mereka mengerti bahawa sebaik-baik penyampaian bila bersenjata, biarlah ianya tak nampak. Kalau nampak maka orang boleh mengerti penyampaian itu baik ataupun buruk.  Kalau baik, maka diterimanya.  Kalau buruk, dielaknya.  Kalau tak nampak, bagaimana nak diterima ataupun dielak.  Maka disitulah letaknya falsafah keris.  Ianya dicipta sebegitu sebagai satu falsafah bahawa bila ianya disampaikan, sebaiknya cepat dan tak nampak.  Ada sifat “mengejutkan” lawan.  Nenek moyang kita juga tahu, untuk membunuh juga, tempat sampai mata keris itu penting dan atas dasar inilah , keris dicipta dengan bentuk yang pendek dan bermata tiga.  Bila membunuh,  sudah tidak ada sifat kesian lagi.  Namun dikatakan, keris berluk itu membunuh dengan cepat dan kejam namun yang lurus itu membunuh dengan cepat dan ringkas (kurang kejam).  Senjata yang benar-benar merbahaya adalah senjata yang tidak nampak oleh mata lawan.  Adajuga dikalangan orang Melayu yang mengatakan, lagi kecil senjata itu, lagi susah nak nampak.  Lagi susah nak nampak, lagi efektif senjata itu.
Keris bermata tiga kerana, datuk nenek moyang kita mengerti akan sifat orang yang diserang.  Apabila seseorang diserang, maka, dua perkara boleh berlaku.  Pertama, orang itu tak elak.  Kedua orang itu akan elak.  Apalah gunanya menyerang seandainya senjata yang digunakan tak kena.  Di sini keris yang bermata tiga dicipta untuk fungsi menyerang dan bagaimana reaksi yang diserang itu, tetap dapat dilihat oleh mata keris.  Elak ke kanan, dilihat mata keris di sebelah kanan.  Elak ke kiri, dilihat mata keris di sebelah kiri.  Tidak elak, maka dilihat mata keris juga.  Akhirnya, datanglah falsafah, elak kena tak elak pun kena.  Ditanya pula bagaimana seandainya seseorang itu berdiri agak jauh dari yang berkeris dan orang ini pula berpedang.   Di sini penulis ingin terangkan lagi, memang benar falsafah datuk nenek moyang kita, elak kena tak elak kena.  Apabila seseorang itu berpegang dengan Adab menyerang, iaitu petua-petua yang diwarisi mereka yang bermain keris, maka jarak tidak menjadi masalah untuk keris sampai.  Keris keluar dari pakaiannya sendiri dan kalau disampaikan dengan petua, di mana kita hajatkan, akan tetap sampai matanya.  Pelik, tapi benar.  Bukan pakai sihir ataupun mantera.  Hanya dengan “Bismillah hirrahman nirahhim” dan tawakal, ikut petua, sampailah ia.  Dari segi masa, keluarnya keris itu lebih cepat dari keluarnya pedang.  Penulis rasa tidak perlulah penulis cerita akan mengapa ianya begitu.  Satu sarungnya panjang manakala satu lagi sarungnya pendek.  Mungkin atas sebab itulah, Hang Tuah dapat tewaskan samurai Jepun pada satu ketika dahulu.
Mata keris keluar sendiri dari pakaiannya.  Maka mulalah orang Melayu berkata, "ish, berhantu keris ini!"  Sekali lagi penulis katakan, tiada sifat menggunakan hantu ataupun jin di dalam proses keris keluar sendiri.  Ciptaannya sebegitu dengan pakaiannya supaya mempermudahkan gunanya.   Maka ia pun keluar dari pakaiannya sendiri, mempermudahkan tugas panglima untuk membunuh mereka yang berniat jahat.  Namun, keris Melayu lama ada isinya.  Mengenai isinya, insya Allah, akan dibicarakan nanti.
Selama ini penulis menulis tentang sifat membunuh yang ada pada keris.  Penulis memohon maaf, keris ini sejenis senjata Melayu. Fahamilah, senjata memang sifatnya untuk membunuh.  Maka ngerilah bagi mereka yang mengenang tentang sifat membunuh ini. Berani bernyawa, maka berani mati.  Orang Melayu mempunyai sifat berani.  Alang-alang menyelup perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.  Maka dibawanya keris kemana-mana bukan niat untuk membunuh, tapi mengerti, seandainya perlu, bila nyawa dipertaruhkan, maka tawakallah kita kepadaNya dan berkeris kita kerana setiap yang bernyawa akan menemukan mati.  Mati itu adalah benar bagi yang bernyawa.  Penulis tidak menulis hidup di sini kerana pada penulis, setiap sesuatu di dunia ini hidup bukan kerana degupan jantung, tetapi atas sebab lain, iaitu, “setiap sesuatu berzikir atas namaNya”. 
Apakah sampai disini sahaja cerita matanya keris?  Penulis hanya menulis fungsinya sahaja setakat ini.  Ciptaannya pula lain ceritanya. 
Cerita mengenai ciptaannya berpegang teguh kepada siapa empunya atau pandai besinya.  Falsafah penciptaan keris itu berbeza antara empu Jawa dan pandai besinya orang Melayu.  Kita berbicara tentang keris, maka berbicara kita juga tentang besi dan sedikit sebanyak berbicara juga kata orang, bapa besi itu, iaitu Nabi Daud. Bagi keris Melayu, ianya menampilkan perwatakkan keIslaman keris itu sendiri.  Ianya dibawa hingga ke ciptaan bilah keris itu sendiri. Dikatakan keris Melayu ini dicipta oleh pandai besi yang alim. Dicipta dengan berzikir dan mengerti bahawa ciptaan keris ini ada kaitannya kepada tanah, air, api dan angin.  Manusia bila dicipta, kita dicipta dari tanah dengan dilembutkan dengan air, lalu dibakar dengan api dan dihembuskan roh kedalam diri.  Persamaannya amat ketara, maka Islamlah penciptaan keris Melayu bila dicipta dan dihembuskannya dengan zikir, “Setiap sesuatu berzikir atas namaNya”.
Indahnya keris dari segi ciptaannya dan juga fungsinya.  Perlu pula dipakaikan dengan pakaiannya yang menunjukkan akan siapa empunya keris itu.  Hulu dan sarungnya dilengkapkan dengan keris tersebut lantas dengan tidak secara langsung memberi identiti kepada etnik Melayu keris tersebut.  Keseniaan Melayu begitu indah diutarakan dalam menyarung keris itu.  Seumpama orang Melayu yang berpakaian indah dengan baju Melayu, samping dan destarnya.  Keindahan pakaian keris itu juga memberi status kepada pemakainya.  Bila diselit di bengkung dan dibawa keluar, maka orang yang lihat mengerti akan siapa pemakainya.   Orang Melayu Bugis, Minangkabau, Patani dan sebagainya.   Terlangsung juga bercerita tentang darjatnya.  Bercerita tetapi tidak bersuara.  Begitulah orang Melayu.
Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. 
Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala.  “Selamatlah mereka yang  berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya.  Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, jawablah Allah swt “Aku di sini”.






Comments
0 Comments

No comments:

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Post a Comment

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n     :p   :q   :r   :s   :t Add smileys to Blogger +

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK