aa

09 August 2011

Cinta Seorang Teman



Sedang duduk-duduk di penjuru perpustakaan,sambil kotak fikirannya menerawang memikirkan  masa depannya, Ikin  merasa bimbang sekali dengan keadaan dirinya sekarang. Dia begitu gusar dengan cara dirinya mengurus masa. Hati kecilnya berbisik,benarlah kata Saidina Ali “masa itu umpama pedang,jika kamu tidak “memenggalnya”,maka ia akan “memenggal” lehermu.”
“Ahhh,aku tak mahu jadi orang yang terpenggal!!”,jerit Ikin didalam hati, aih…mujur dalam hati saja,nanti tak pasal-pasal pula dihalau dari perpustakaan jika jeritnya ditangkap oleh telinga lintah Uncle James yang duduk tidak jauh darinya..
Dirasakan begitu banyak kerja yang belum selesai..ligat otaknya menyenaraikan: ulangkaji pelajaran yang yang entah ke mana,nota bertimbun-timbun perlu dibaca, kerjanya menggunung dalam persatuan, esei  beribu-ribu perkataan yang belum langsai,mesyuarat yang tidak putus-putus, hujung minggu yang terpenuh dengan pelbagai perkara..itu,ini.,itu,ini. Wahhh!!!,ini tak boleh jadi….Sampai bila mahu jadi begini? Januari dan Februari begitu pantas memintas..Bulan Mac pula baru sahaja menguntum senyum. Bila dibilang dengan jari,ternyata kurang lebih sebulan sahaja lagi peperiksaan musim panasnya akan tiba.
Kepalanya mulai berdenyut,pantas memikirkan apa yang  patut dilakukan..dalam saat-saat yang menekan seperti ini,ada seorang rakan setia yang mampu membantunya..Dicapainya telefon 3310 Nokia yang sangat disayanginya.Jari cekap menekan punat nombor telefon..Hujung talian berangkat..Satu suara lembut menyapa..”Assalamualaikum Ikin. Ikin apa khabar?Dah lama tak dengar cerita..”
“Er..er..waaalaikumussalam Aufa..aku sihat..engkau macam mana?” Ikin bersuara.
“Beginilah..alhamdulillah..sihat walafiat..ada apa ini?bunyi suara macam ada masalah saja?”
“Aik..aku tak kata apa-apa lagi hang dah boleh teka? Hang ni memang terbaik! Siap bole baca fikiran aku..Aku bukan apa,aku risau la..exams dah nak dekat, banyak lagi benda tak selesai,Fa…Aku bingung la.. Aku tak tahu nak buat macam mana..”
“Aufa faham. Bukan senang kita nak jaga masa ni..sedangkan Imam Hassan Al-Banna pun kata kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada..Aufa ada baca satu majalah ni..Bagus la, dia terang macam mana kita nak guna masa dengan bijak..Ikin rileks eh…dengar ni kita nak kongsi..”
“Ni yang aku sayang kat hang ni..free-free aku dapat tangkas(tazkirah ringkas)..hehe..”
Macam ni Ikin.. Sebaiknya Ikin
  1. Mulakan sekarang juga apa-apa kerja yang ada. Elak sikap bertangguh. Pepatah Cina mengatakan “Perjalanan yang jauh dimulai dengan langkah pertama”. Bila Ikin dah mula buat kerja tu,barulah nampak jalan dan masalah sebenar yang Ikin hadapi.
  1. Ikin kena tahu priority.” First thing First tau! Ada dua cara nak buat:
1)selesaikan kerja yang datang dahulu atau 2) selesaikan kerja yang pendek dan ringkas dahulu. Sementara itu,kerja yang panjang dan rumit,cuba Ikin pecahkan jadi beberapa bahagian.Mulakan dengan bahagian pertama dan teruskanlah dengan hati yang tabah dan tanpa rasa jemu,bahagian tugasan yang seterusnya. InsyaAllah,Allah pasti tolong.
  1. Manfaatkan masa yang pendek. Contohnya sambil tunggu lecturer masuk kelas ke,sambil tunggu ayam masak ke, daripada Ikin buat berbual kosong atau buat perkara sia-sia  baik Ikin buat perkara yang bermanfaat.
  1. 4. Buat senarai “Things To Do Today .Potong perkara yang sudah dilaksanakan. Perkara yang tak selesai,Ikin cuba selesaikan esok harinya.


  1. 5. Ikin kena yakin dalam setiap kerja yang Ikin buat.Ikin boleh! Kalau tak,takkan orang bagi Ikin kerja tu..Kadang-kadang bukannya apa pun.Kita tak nak buat sesuatu kerja itu sebab kita rasa tak mampu. Kesan buruknya kena dekat kita juga..lebih baik kita buat,daripada kita cuba nak lari..lari takkan menyelesaikan masalah Kin..

  1. 6. Cuba siapkan banyak kerja. Ikin kena belajar buat kerja cepat dan efektif tetapi kemas..contohnya,kalau hari ahad,Ikin ada 5 jam,rancang untuk buat 5 tugas besar.


  1. 7. Belajar untuk berkata TIDAK. Kalau ada tugasan baru datang,sedangkan ada kerja yang belum selesai,belajarlah untuk menolaknya dengan baik. Aufa yakin orang sekeliling Ikin akan faham dan cuba bantu Ikin. Kita semua ada kapasiti masing-masing..

  1. 8. Gantungkankerja,bukan timbunkan. Ikin perasan tak,kalau kita makan dekat restoran,chef akan gantung pesanan orang pada dawai.Chef akan masak satu persatu dari hujung sebelah kanan.Walaubagaimanapun lama menunggu,namun akhirnya makanan yang dipesan akan siap dimasak. Seperti itu jugalah kerja kita.Kalau Ikin timbunkan kerja atas meja,kerja yang datang dulu di sebelah bawah akan ketinggalan dan dilupakan.

Hurm panjang pula Aufa berleter ni..Ikin,ikin ada lagi tak tu??..
“ya,ya Fa aku ada lagi ni..tengah “digest” ko cakap apa..jazakillahukhoir la Fa..lega sedikit aku..lepas ni aku dah tahu dah nak buat macam mana.Aku kena belajar disiplinkan diri la..kena juga!”
“Bagus Kin.senang hati Aufa dengar. Dalam kita berusaha,kita jangan lupa tekun berdoa ya,berusahalah bangun solat malam..Allah suka pada hambaNya yang tak lupa meminta..kita ini cuma hambanya yang kerdil..padanya kita berserah..
Dalam surah As-Syarh ayat 5-8: Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan(5).Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan(6) Maka apabila engkau telah selesai dalam sesuatu urusan,hendaklah engkau tetap bekerja keras untuk urusan lain.(7) dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap(8).
Yakinlah Kin,berakit-rakit kita hulu,berenang-renang kita ketepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian..InsyaAllah,Allah berkati masa yang kita gunakan ke jalanNya dan pasti Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik yang tak dapat kita gambarkan dalam pada waktu sekarang ni,Kin..
“Ok Fa.Aku akan cuba.Doakan aku ya..”kata Ikin sambil menahan sendu.Terharu dengan sokongan yang diberikan sahabat seperjuangan yang amat disayanginya itu.
“Jangan risau ya Kin..Aufa insyaAllah selalu doakan yang terbaik untuk kita..ok,Kin.jaga diri ya.Assalamualaikum..”..
“Waalaikumussalam…dengan rasa berat hati Ikin menekan punat “call ended”..Dia begitu bersyukur dikurniakan rakan seperti Aufa..Aku akan buktikan Fa..Aku boleh!!


Comments
0 Comments

No comments:

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Post a Comment

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n     :p   :q   :r   :s   :t Add smileys to Blogger +

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK