aa

26 July 2012

HAMPIR KIAMAT ( PART 3 )


Memandangkan akan keadaaan dunia yang semakin berada di ambang kehancuran dan kemusnahan ini,di negara kita dan rakyatnya walaupun berada di dalam keadaan yang boleh dikatakan selamat dari gejala gejala itu tidak dapat lari dari hakikat ini.Kita terpaksa bersedia untuk berhadapan dengan gejala gejala ini.

Berhubung dengan wabak AIDS ini,ada disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W daripada sahabat Abdullah bin Umar yang maksudnya :

"Bagaimana hal kamu ketika kelak akan berlaku lima perkara iaitu telah samar samar tentang perkara kemungkaran yang dilakukan oleh suatu kaum.Salah satunya zina dilakukan secara terang terangan.Ketika itu akan berlakulah wabak penyakit yang ganjil yang tidak pernah berlaku sebelum mereka"

Dengan apa yang telah kita paparkan tadi mengenai bencana dan malapetaka yang menimpa muka bumi ini menunjukkan kepada kita bahawa apakah sudah masa dan saatnya Allah S.W.T mengkiamatkan dunia ini?

Menurut keterangan hadis hadis,apa yang sedang menimpa umat manusia seluruh dunia masakini adalah tanda tanda yang dunia hampir kiamat.Cuma waktu ini Allah memberi lagi masa kepada kita untuk memikirkan diri dan masyarakat kita yang masih lagi lalai dan tidak menghiraukan setiap peringatan dari Allah S.W.T untuk kembali kepada Islam dan Al Quran.

Allah S.W.T menyatakan kepada kita dengan tegas dalam firmannya yang bermaksud :

"Dan apa juga musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri,dan Allah memafkan sebahagian besar (dari kesalahan kesalahan mu).Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi dan kamu tidak memperolehi seorang pelindung pun dan tidak pula seoarang penolong selain Allah"
(Asy Syura : 30-31)

Kita patut selalu bimbang dan takut dengan segala malapetaka yang menimpa kita.Kalau itu semua menimpa kita dalam keadaan kita belum lagi beriman dengan Allah S.W.T maka itulah neraka yang Allah rasakan kepada kita di dunia lagi sebelum Allah S.W.T humbankan kita ke dalam neraka yang lebih dasyat dan maha mengerikan di akhirat kelak.

Oleh yang demikian,jadikanlah peristiwa dan tragedi yang berlaku dan yang akan berlaku sebagai iktibar yang dapat menginsafi diri untuk beriman dengan sebenar benar memiliki iman yang dapat menyelamatkan diri kita dari di timpa neraka dunia lebih lebih lagi neraka akhirat.



BERSEDIALAH MENJELANG KIAMAT

Tidak ramai manusia hari ini termasuk umat islam,menyedari bahawa dunia hari ini telah terlalu tua dan telah hampir masanya akan hancur (kiamat).

Selaku umat islam yang beriman kepada hari kiamat pasti akan tiba,cuma masa dan saat yang tepat itu tidak diberitahukan oleh Allah.

Walau bagaimanapun alamat alamatnya telah pun diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W secara terperinci di dalam beberapa buah kitab hadis dan di dalam Al Quran sendiri Allah telah membayangkan bahawa kiamat telah hampir.

Firman Allah : "Allah lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) yang membawa kebenaran dan keadilan.Dan tahukah kamu bahawa kiamat itu telah dekat.
(Asy Syura : 17)

"Tidaklah mereka menunggu melainkan hari kiamat yang kedatangannyaberlaku dengan tiba tiba"
(Muhammad : 18)

Rasulullah sendiri mengakui bahawa diantara zaman kebangkitan baginda dengan berlakunya kiamat ialah terlalu hampir macam kedudukan dua jari,yakni selepas sbaginda di utus dan wafat,maka akan berlakulah kiamat dan sebelumnya diceritakan juga beberapa tanda tandanya.Diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Muslim dan Tarmizi daripada Anas r.a.

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya "Ad Darratun Naafi'ah Fi Asy Raat At Saa'ah" dan yang dikumpulkan oleh Al Allamah Mufti Brunei,Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Utama,Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa tanda tanda kiamat,diantaranya ialah :

Lahir bintang berekor yang menerangi pihak Timur (kemungkinan Komet Helly),Al Quran diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Al Quran),Al Quran dilagu lagukan dan dipertandingkan sahaja tetapi tidak diikuti pengajarannya.Al Quran ditulis dengan cantik dan dijadikan hiasan dinding.Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba.Kemelesetan ekonomi.Perniagaan rugi.Cukai ditinggikan.Banyak berlaku homoseks dan lesbian.

Timbul penyakit ganjilberpunca daripada seks seperti siplis,aids dan lain lain.Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka guna alat perancang keluarga.Orang islam kutuk mengutuk sesama islam.

Masjid dibina indah dan mahal mahal tetapi tidak banyak ahli jemaah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan islam.

Perempuan mengatasi lelaki dalam jumlah peranan,menguasai rumahtangga (queen control),menguasai jawatan dan lain lain.Banyak berlaku gempa bumi,banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi,lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock),kumpulan punk dan lain lain.

Berlaku peperangan diantara Iran-Iraq,kedua duanya mengaku Islam.Banyak berlaku rasuah.Lahir golongan mengkritik Hadis Rasulullah,lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

Hubungan keluarga pecah (anak derhaka ibubapa,isteri tidak taat suami dan suami menganiaya isteri,dijadikan pelacur dan lain lain).

Pembunuhan secara aniaya,berlaku secara terang terangan tanpa pembelaan (seperti pembunuhan di kem tahanan Sabra dan Shatilla).Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.

Peristiwa peristiwa pelik di atas ialah tanda pertengahan menjelang tanda kiamat besar (kiamat kubra).Sementaraalamat kiamat kubra (besar) diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu :

Sembahyang ditinggalkan,banyak bangunan tinggi mencakar langit,orang jahat jadi pemimpin,tidak amanah dan zalim,perzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup,perkara haram dihalalkan,riba di amalkan,umat Islam yang tersesat dan terkeluar daripada aqidah Ahli Sunnah (mereka mengikut Syiah,Wahabi,Muktazilah dan lain lain),ulama menjual agama kerana kepentingan dunia (pangkat,harta dan lain lain).

Al Quran dilagu dan dipertandingkan,Lelaki pakai sutera,orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan,anak menderhakai ibubapa,kurang ulama akhirat,alat muzik yang haram dimainkan oleh orang islam,arak menjadi minuman seharian (rasmi) dan berbagai bagai lagi tanda dan alamat yang telah pun berlaku dihadapan mata kita.

Bagi umat islam yang beriman dengan hari akhirat,segala tanda tanda tersebut patutlah menjadi pengajaran dan iktibar serta bersiap sedia menghadapi saat kiamat yang Allah akan datangkan dengan tiba tiba.

Persediaan yang dimaksudkan itu bukanlah lari daripada dunia ini atau lari kedalam gua atau mencari tempat perlindungan di tempat tempat yang di anggap selamat tapi persediaan menghadapi saat kiamat itu ialah dengan mengikut dan mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta laksanakan tanggungjawab sebagai manusia yang Allah utuskan ke muka bumi ini atau dengan kata lain menjadi hamba Allah yang mendapat keredhaanNya.

Ketika menghadapi saat genting dengan penuh fitnah yang disebut akhir zaman,Rasulullah telah menganjurkan diantaranya berikut :



1.Berpegang Teguhlah Dengan Ajaran Islam.
Diriwayatkan oleh Imam At Tabrani,hadis daripada Abi Waqidilaisi bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya:
"Suatu hari nanti akan berlaku suatu fitnah."Sahabat bertanya,"Bagaimana keadaan kami ketika itu ya Rasulullah?"Jawab Baginda,"Ketika itu hendaklah kamu kembali beramai dan berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah dan sunnah para sahabat".
DAlam hadis lain Rasulullah mengingatkan lagi bahawa ketika saat manusia menjadi gila kepada dunia dan mereka berjuang bukan kerana jalan Allah,hendaklah (orang orang mukmin) berpegang dengan kitab Allah (ikut ajaran Islam) samada secara sembunyi atau terang terangan.Siapa yang bersikap demikian,kedudukannya adalah seperti umat islam dahulu,golongan Ansar dan Muhajirin (hadis riwayat Abu Na'im) mulia dan selamat.



2.Amalkanlah Apa yang Tahu Walaupun Sekadar Sepuluh Daripada Ajaran Islam,Telah Dijamin Selamat.
Daripada Abu Zar Ghifari bahawa Rasulullah bersabda,maksudnya :
"Bahawa akan kamu hadapi suatu zaman dimana banyak lahir ulama dan ahli pidato sedikit ketika itu sekiranya kamu meninggal 1/10 daripada ajaran Islam yang kamu tahu,nescaya kamu akan sesat.Setelah itu akan tiba lagi suatu masa dimana ulama sedikit dan ahli pidato banyak (tukang cakap tentang islam banyak,tapi tidak beramal) maka ketika itu sekiranya kamu berpegang dan beramal  1/10 daripada ajaran Islam yang kamu tahu nescaya kamu telah selamat (daripada kesesatan dan daripada api neraka)" - Hadis riwayat Imam Ahmad.

3.Lazim Tinggal Di Rumah,Jaga Lidah dan Jauhi Mungkar.
Sebuah hadis lagi daripada Abdulahbin Amru bin Ass bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bagaimana kamu nantinya ketika pada saat kamu berada dalam kumpulan sampah sarap manusia (manusia yang melakukan maksiat) berlaku kacau bilau,masing masing bertelagahan dan bercakaran sesama sendiri".Sahabat bertanya,"Apa yang patut kami lakukan?".Rasulullah menasihatkan,"Hendaklah kamu lazim tinggal di rumah (jangan banyak keluar) amalkan ajaran Islam mana mana yang kamu tahu,tinggalkan perkara mungkar,jagalah diri daripada terlibat dengan masalah umum".
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud,Rasulullah menasihatkan supaya jangan banyak bercakap (jaga lidah) kerana banyak bercakap akan mudah terjatuh kepada dosa mengumpat dan memfitnah atau mengadu domba kelak akibatnya akan dihumban di dalam neraka.



4.Segeralah Beramal,Jangan Bertangguh-tangguh.
Diakhir zaman Rasulullah telah mengambarkan akan berlaku berbagai bagai fitnah seperti malam pekat (yakni orang tidak dapat membezakan mana yang benar dan mana yang batil) sehingga orang mukmin mudah menjadi kafir kerana tersilap mengikut jalan hidup.Rasulullah menggambarkan ketika itu orang mukmin pagi beriman,petang ia sesat menjadi kafir dan kalau petang ia beriman,pagi esoknya dia tersesat lagi menjadi kafir pula.
Sekiranya kita hidup di waktu itu Rasulullah menasihatkan agar bersegera membuat amalan soleh ketika ada peluang,jangan bertangguh tangguh lagi.-Hadis riwayat Imam Muslim daripada Abu Zarrin.
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Rasulullah menasihatkan sahabat yang bernama Abdullah sekiranya ia berada di waktu pagi jangan tunggu petang dan ketika berada di waktu petang jangan menunggu pagi lagi untuk beramal (yakni jangan menangguh untuk berbuat kebajikan).-Hadis riwayat Imam Bukhari.
Selanjutnya Rasulullah berpesan lagi maksudnya :
"Pergunakanlah lima masa (keadaan) sebelum datang lima keadaan (yang menghalang kita beramal kebajikan) iaitu masa hidup sebelum datang mati,masa sihat sebelum sakit,masa lapang sebelum sibuk,masa muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin."-riwayat Al Baihaqi daripada Ibnu Abbas.

5.Hendaklah Berada Di Dakam Jemaah/Toifah Dan Mentaati Pemimpin.
Dalam hadia yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani,Rasulullah menasihatkan umat baginda (umat islam) ketika akhir zaman (hampir kiamat) supaya berada di dalam jemaah kerana jemaah atau toifah yang memperjuangkan kebenaran yang muncul setiap masa dan mereka tidak akan dapat dihancurkan oleh musuh.
Sementara sebuah hadis lain Rasulullah menasihatkan kepada Hudzaifah apabila berhadapan dengan zaman kucar kacir,supaya mencari toifah dan mengikuti dan mentaati pemimpin walaupun terpaksa menggigit pohon tamar (lantaran menderita kesusahan) namun jangan tinggal jemaah dan jangan menderhakai pemimpin.



6.Sembahyang Berjemaah
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah menggambarkan bahawa di akhir zaman dekat dengan kiamat,oarang islam meninggalkansebahyang berjemaah sebab hati mereka dihinggapi penyakit nifak.Untuk orang orang yang beriman yang hidup di zaman itu di nasihatkan supaya jangan ikut sifat orang munafik itu,maka mereka hendaklah sembahyang berjemaah dengan itu mereka akan diberi rahmat dan kemenangan.



7.Banyak Berdoa Minta Dijauhi Kejahatan Dengan Menggunakan Tawasul.
Al AllamahMufti Brunei,Haji Ismail Omar Abdul Aziz ketika mentafsirkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang menceritakan peristiwa akhir zaman ketika zahir manusia jahat (berhati syaitan) tidak ada belas kasihan,orang yang menganggap sunnah sebagai bid'ah dan bid'ah sebagai sunnah,orang mukmin (soleh) dihina,orang fasik dimuliakan,ketika itu doa orang mukmin tidak lagi diterima walaupun mereka berdoa di bulan Ramadhan,di Kaabah,di Arafah dan lain lain kecuali doa mereka dengan menggunakan atau menyebut "berkat" (secara tawasul) baru Allah terima.-rujuk fatwa bilangan 30,halaman 95-96.

8.Manjadi Petani,Penternak Serta Hidup Di Pendalaman.
Imam Bukhari meriwatatkan hadis daripada Abu Said Al Khudri bahawa Rasulullah bersabda,maksudnya :
"Sebaik baik harta orang islam (ketika akhir zaman hampir kiamat) ialah kambing ternakannya yang dibawa (dibela) dikawasan pendalaman (pergunungan) dan air untuk minuman yang diambil daripada lopak (takungan air hujan) dan hidup dalam suasana di pergunungan demi menyelamatkan agama daripada fitnah dan huru hara akhir zaman."
Dalam hadis lain Rasulullah menggambarkan bahawa di akhir zaman nanti umat islam akan menjadi petani (hadis riwayat At Tabrani).Hadis hadis di atassebagai tanda isyarat supaya umat islam kalau hendak selamat iman hendaklah membuat perkampungan di pendalaman sebagai tempat untuk menjaga imandan melatih tenaga oejuang untuk kemudiannya keluar berjuang ke tengan masyarakat kerana keadaan kehidupan di pendalaman lebih terselamat daripada fitnah dan maksiat.



9.Sentiasa Amal Surah Al Kahfi
Diantara fitnah akhir zamanyang paling hebat dahsyat ialah fitnah yang dibawa oleh Dajjal Al Masih.Di ceritakan bahawa tidak ada siapa pun dapat mengatasi fitnah (sihir) Dajjal akhir zaman nanti kecuali bagi orang yang melazimi membaca surah Al Kahfi sekurang kurangnya pada setiap malam jumaat.
Terdapat banyak keterangan hadis tentang anjuran Rsulullah S.A.W supaya melazimi membaca surah Al Kahfi ketika saat berlakunya fitnah Dajjal,diantaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim,maksudnya :
"Siapa yang melazimi membaca surah Al Kahfi sebagaimana surah itu diturunkan kemudian keluar Dajjal maka tiadalah dapat Dajjal menguasainya".

Demikianlah diantara beberapa persediaan yang sepatutnya umat islam lakukan ketika mereka menghadapi zaman fitnah diakhir zaman menjelang kiamat.Semoga bagi mereka yang melaksanakannya akan terselamat dan diberi taufik dan hidayah serta perlindungan oleh Allah S.W.T

Bersambung bab...( LAHIR IMAM AL MAHDI )





Comments
0 Comments

No comments:

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Post a Comment

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n     :p   :q   :r   :s   :t Add smileys to Blogger +

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK