aa

26 July 2012

LAHIR IMAM AL MAHDI ( PART 4 )


Alamat terbesar menunjukkan ketibaan hari kiamat ada diterangkan oleh Rasulullah S.A.W seperti berikut :

1.Zahirnya Imam Mahdi ke dunia
2.Keluarnya Dajjal.
3.Turunnya Nabi Isa a.s
4.Keluar Yakjuj dan Makjuj.
5.Keluarnya puak Fahatani.
6.Runtuhnya Kaabah.
7.Naik matahari daripada pihak Musyrik.
8.Keluar bintang dari pihak bumi Makkah.
9.Zahir asap di dunia.
10.Keluar angin sejuk untuk mematikan semua orang Mukmin.
11.Diangkatkan Quran iaitu tinggal kertas sahaja.
12.Harta menimbun nimbun.
13.Kembali manusia menyembah berhala.
14.Masa menjadi pendek.
15.Keluar api ngeri Adn.


ALAMAT KIAMAT YANG PERTAMA
LAHIRNYA IMAM MAHDI.

Sifat sifat Imam Mahdi

Sesungguhnya nama sebenar Imam Mahdi itu ialah Muhammad bin Abdullah (serupa dengan nama nabi kita).Keturunannya dari Hassan dan Hussin (cucu Nabi Muhammad S.A.W).Kaeadaan fizikalnya sederhana,warna kulitnya bersangatan merah,jarang bulu dua pelipisnya,mancung hidungnya,lengkung keningnya,panjang mukanya,luas dua matanya,lagi bercelak,berkilat kilat giginya kerana tersangat putih,ada tahi lalat yang hitam pada pipinya yang disebelah kanan,berseri seri wajahnya,tebal janggutnya,ada satu tanda pada belikatnya seperti tanda Khatimul Nubuwah Nabi S.A.W dan renggang pehanya.

Maka keadaan tabiatnya,iaitu tiada memanggil ia akan orang yang tidur melainkan waktu hendak sembahyang.Ia tidak menumpahkan darah yang tidak halal,berperang ia akan orang yang meninggalkan sunnah Nabi kita Muhammad S.A.W.

Beliau akan menghilangkan segala bidaah yang keluar daripada Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan kafir musyrikin.Beliau akan menjadi raja memerintah dunia ini,seperti Zulkarnain dan Nabi Sulaiman.

Sesungguhnya Imam Mahdi akan memecah salib (piala Nabi Isa),membunuh ia kan babi serta berjinak jinak ia dengan sekelian Muslimin,memberi ia kepada mereka beberapa pemberian.Dan lagi Imam Mahdi itu,meredhai oleh sekelian orang yang tinggal di langit dan di bumi,sehingga sekelian burung burung pada udara,binatang binatang liar di hutan dan ikan ikan di laut semuanya suka padanya.

Imam Mahdi akan memberikan harta kepada orang orang Mukmin yang berhajat kepada harta.Tetapi tiada siapa pun yang mahu harta itu melainkan hanya seorang sahaja,lalu Imam Mahdi berkata kepada orang itu."Pergilah kamu mengambil harta harta itu dari penjaga harta,seberapa banyak yang kamu mahu."Orang itu mengambil harta tersebut sehingga kemudiannya ia menyesal,lalu berkata,"Bahawa aku ini seloba loba dari umat Muhammad S.A.W".Lalu ia pun mengembalikan harta tersebut.

Bentuk pakaian Imam Mahdi sewaktu menzahirkan dirinya kedunia,ia memakai serban dan di atas serban itu ada satu malaikat yang menyeru dengan katanya,"inilah Imam Mahdi Khalifah Allah,ikutlah kamu kan dia dengan hati yang tulus ikhlas serta yakin".Dan keluar dari serban itu satu tangan yang mengisyaratkan ia kepada Imam Mahdi dengan bai'ah (tanda janji) dan ada pada Imam Mahdi itu satu baju Rasulullah S.A.W,satu pedang dan satu bendera berwarna merah dari kain bulu berbunga hitambertulis pada bendera itu (Al Bai'atullah) ertinya bermula perjanjian itu bagi Allah.Baju itu tiada pernah dibuka kemudian daripada kemudian daripada wafat Rasulullah S.A.W,melainkan apabila zahir Imam Mahdi barulah di buka.


KELEBIHAN IMAM MAHDI.

Di antara kelebihan Imam Mahdi itu ialah Imam Mhdi akan menanam sebatang kayu yang kering di bumiyang kering,maka hidup kayu itu lagi berdaun.Apabila mengisyaratkan Imam Mahdi dengan tangan kepada burung ,nescaya jatuhlah burung itu ke atas tangannya dan menyeru dari pihak langit dengan katanya ;
"Wahai manusia! sesungguhnya Allah Taala telah memutuskan ia akan segala orang orang yang keras dan segala orang orang yang munafik dan segala jemaah mereka itu daripada kuasa memerintah di atas kamu".Ini bermakna Imam Mahdi akan memerintah dunia ini dengan mengalahkan segala kafir musyrikin.

KEADAAN PERTAHANAN IMAM MAHDI.

Imam Mahdi di zaman itu sangatlah gagah perkasa.Berhimpunlah segala manusia kepadanya kerana berharap masing masing akan mendapat pertolongan dan perlindungan serta keamanan darinya sehingga penuh sesak mereka itu kepada Imam Mahdi.Allah S.W.T telah mengurniakan kepadanya dengan tiga ribu malaikat yang memukul sekelian mereka itu kepada  muka orang orang yang menyalahi Imam Mahdi.Diantara malaikat yang banyak itu termasuklah Jibril dan Mikail.
Pada ketika itu boleh berhimpun kambing dengan harimau pada tempat yang sama dan bermain kanak kanak dengan segala ular ular dan kala jengking dengan tidak membawa sebarang mudarat.Dan orang yang membuat perhumaan dan bendang ketika itu cukup subur sehingga benih semaian digandakan oleh Allah S.W.T dengan tujuh ratus cupak.
Dikala itu tiada terdapat sebarang bentuk maksiat seperti riba,berzina dan minum arak kerana semua ini dapat dibenteras oleh Imam Mahdi.Ketika itu dunia ini berada dalam kemakmuran dan keamanan sehingga perempuan pergi haji dengan jemaah perempuan sahaja dengan tidak payah ditemani oleh orang lelaki,bahkan mereka tidak merasa takut apa apa pun,kecuali takut terhadap Allah S.A.W sahaja.




TANDA TANDA MENUNJUKKAN KEDATANGAN IMAM MAHDI

Diantara tanda tanda menunjukkan kedatangan Imam Mahdi itu ada beberapa perkara :
1.Pecah Sungai Purat (sungai yang terbesar dalam negeri Iraq) masuk ke laut Parsi.

2.Gerhana bulan pada awal malam daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.Kedua dua gerhana ini belum pernah berlaku semenjak dijadikan langit dan bumi.

3.Gerhana bulan dua kali pada bulan Ramadhan.

4.Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5.Naik bintang yang berekor,yang cerah di pihak musyrik.

6.Zahir api yang besardari musyrik selama tiga malam atau tujuh malam.

7.Zahir kelam pada langit.

8.Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9.Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing masing bahawa Imam Mahdi telah zahir.

10.Tenggelam Kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11.Diserukan daripada langit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat sehingga mendengar oleh ahli bumi daripada Masyrik ke Mghrib.Maka orang yang tidur menjadi jaga,orang yang berdiri menjadi terduduk dan oarang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12.Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal.Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk keatas yang batil.Peperangan didalam bualan Zulhijjah serta jatuh beramai ramai akan orang orang haji dan jatuh berbunuhan yang besar sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13.Zahir banyak gempa bumi.

14.Datang dua seruan dari pihak langit (seruan pertama) iaitu seruan dengan katanya ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.(Dan seruan kedua) iaitu syaitan dengan katanya ketahuilah olehmu seorang yang keluarpada bumi bernama Mahdi itu sebenarnya dari keluarga Isa.


Bersambung bab ... ( FITNAH YANG BERLAKU SEBELUM LAHIRNYA IMAM MAHDI )








Comments
0 Comments

No comments:

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Post a Comment

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n     :p   :q   :r   :s   :t Add smileys to Blogger +

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK