aa

27 July 2012

KELUAR DAJAL LAKNATULLAH ( PART 6 )


Kejadian pembunuhan salah seorang jemaah Imam Mahdi membuatkan kemurkaan Allah dan ahli langit terhadap Raja Makkah,kerana kezaliman Raja Makkah dengan membunuh satu nyawa yang tidak berdosa itu.Dan adalah seorang kawan yang tidak terbunuh itu segera memberitahu kepada Imam Mahdi dan sahabat sahabatnya.Maka sampai sahaja perkhabaran itu maka ia pun sedia berangkat hendak memerangi Raja Makkah.Setelah sampai di Thaif mereka menuju ke satu bukit dan menyeru kepada manusia di Thaif agar mengikut mereka.

Apabila mendengar Raja Makkah,Imam Mahdi dan jemaahnya telah bermukim di Thaif,ia pun bersedia serta keluarlah ia hendak memerangi Imam Mahdi dan jemaahnya.Di dalam peperangan itu dapatlah Imam Mahdi mengalahkan ahli ahli Makkah serta membunuh rajanya.Inilah peperangan yang pertama kali yang dilakukan oleh Imam Mahdi.

Peperangan kedua ia memerangi Turki Qastantiah.Dan peperangan yang tersebut disertai dengan pertolongan Wali Allah.Dua sebab yang diberitahu oleh ulama mengapa Imam Mahdi menyerang negeri Turki.
Pertama barangkali negeri itu dapat ke tangan kafir pada akhir zaman seperti Russia.Yang kedua ahli negeri itu telah keluar dari iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Selepas tujuh tahun daripada perperanagan itu barulah keluar Dajjal Laknatullah.Maka bersama sama Nabi Isa dan Imam Mahdi membunuh Dajjal itu di Baitul Maqdis.

Seperkara yang telah menunjukkan rakyat Turki telah keluar dari iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah kerana pada pada tahun 1343 H,hamba telah berjumpa dengan seorang Turki yang soleh di negeri Madinah.Mka hamba pun bertanya bertanya hal ehwal agama dalam negeri Turki.Jawabnya,"Negeri Turki sekarang,banyaklah kacau bilau dalam hal ehwal agama hingga peringkat muda muda di sana semuanya boleh  dikatakan keluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah,melainkan peringkat tua tua sahaja,disebabkan keimanan mereka yang masih kukuh.

Pada tahun 1347H dimana Syarip Hussin memerintah Makkah,ada seorang guru bersyarah di Masjidil Haram mengatakan akan zahir Imam Mahdi,dan memerangi ia akan negeri Turki dan Makkah.Maka hamba pun bertanya kepadanya apakah sebabnya Imam Mahdi memerangi kedua negeri itu? walhal kedua negeri itu adalah negeri islam.Jawabnya,"Barangkali pada akhir zaman rakyat kedua negeri kebanyakkannya keluar dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah".

Telah berkata Sohibul Qamus dikehendaki Constantinople iaitu kampung raja negeri Rom di pihak daratan laut Hitam.Apabila negeri itu dpat ke tangan orang Islam dengan sebab peperangan itulah setengah daripada alamat kiamat dan tinggi kotanya dua puluh satu hasta lebih kurang dan gerejanya sangat sangat tinggi,di sisi gereja itu beberapa tiang dan keliling pada tiap tiap satu tiang itu empat puluh depa.Pada kepalanya itu ada gambar kuda daripada tembaga dan di atasnya itu ada orang yang menunggang.Maka sebelah tangannya menatang satu buah yang bulat dari emas dan sebelah tangannya lagi terbuka anak jarinya memberi isyarat.

Dan gambar orang yang menunggang itu ialah Constantinople iaitu yang mula mula membuka negeri Constantiniah itu.Maka digelarkan Constantinople Sugra (Constantinople yang kecil) ialah sebuah bandar yang besar dalam negeri Roma yang tersebut dalam Al Quran iaitu bersempadanan dengan negeri Parsi.Maka    
Constantinople yang di gelarkan Constantinople Kubra (yang besar) ialah sebuah bandar yang paling besar juga dalam Turki Usmaniah (Turki yang masyhur kini).


Maka di atas perkataan Sohibul Qamus ini bahawa memerangi Imam Mahdi itu ialah Turki Rom bukan Turki Usmaniah.Oleh itu tiada muskil lagi dan tiada berhajat kepada tanggung yang tersebut kerana Rom ini kafir.

Bersambung bab ... ( LAHIR DAJJAL UNTUK MENIPU MANUSIA )



Comments
0 Comments

No comments:

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Post a Comment

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n     :p   :q   :r   :s   :t Add smileys to Blogger +

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK