Sebelum zahirnya Imam Mahdi ke dunia berlakunya beberapa fitnah.Di antaranya :
1.Terbuka Sungai Furat,maka terkeluarlah emas dari bukit yang ada di situ.Taktkala mendengar yang demikian,manusia manusia pun berpuak puaklah kerana ingin mendapatkannya.Maka di dalam berpuak puak ituterdapat tiga puak.
2.Keluar seorang daripada keturunan Suffian yang kafir daripada anak Khalid bin Yazid dalam negeri Syam.Juga berlaku peperangan yang besar.
3.Keluarlah puak Abqaq (gelaran orang) asal makna abqaq itu,suara yang padanya warna putih dan hitamdari negara Mesir.Maka berlakulah peperangan yang amat besar.
4.Keluarlah puak Asyhib (gelaran seorang) asal makna asyhib itu,suatu yang bercampur warna putih dengan warna merah.
5.Keluarlah puak Arij (gelaran seorang) asal makna arij iaitu orang yang berjalan capek daripada negara Maghribi,maka berlakulah peperangan yang amat besar juga.Adalah peperangan mereka ini berlaku selama setahun.Maka menanglah pihak Sufian di atas puak Abqaq dan Asyhib.Selepas itu keluar seorang raja dari negara Maghribi,membunuhlah ia sekelian lelaki dan menawan la ia sekelian perempuan kemudian berhenti ia dia atas bumi Arab dan kembali ia menawan (Raja Maghribi) puak Sufian yang sedang mengalahkan puak Kibaas,tetapi tidak berhasil kehendak Raja Maghribi,kerana kemenangan telah tetap di pihak puak Sufian hingga habislah harta benda Raja Maghribi di kumpul oleh mereka.
Kemudian Sufian berperang pula dengan Turki dan Rom.Maka berlakulah lagi segala aniaya yang bertimpa ke atas rakyat negara itu.Kanak kanak di bunuh,perempuan perempuan yang buntung dibelah perutnya dan yang lelaki telah lari ke Turki tetapi telah dikejar oleh tentera Sufian dan di bunuh oleh mereka itu.Kemudian puak Sufian masuk pula ke negeri Baghdad,menyerang dan membunuh segala rakyat hampir berjumlah seratus ribu.Mereka masuk pula ke negeri Kufah dan membunuh rakyatnya yang berjumlah 60,000 orang.
Pada ketika itu Imam Mahdi telah zahir pada tempat lahirnya itu di Madinah akan tetapi tidak zahirnya melainkan telah sempurna alamat alamat yang lima tersebut itu dan permulaan zahir Imam Mahdi itu tiada maklum tempatnya.Ketika itu berlaku huru hara yang teramat dahsyat.Larilah ia dan Mansur dan tujuh orang yang lain bersembunyi diri di Makkah.Ketika Imam Mahdi keluar adari Madinah ke Makkah maka mengutuslah Raja Madinah kepada Raja Makkah akan satu isyarat menyebutkan Imam Mahdi dan nama nama jemaah yang bersama sama dengannya.
Kemudian bermesyuaratlah Imam Mahdi dan jemaah jemaahnya hendak pergi berjumpa Raja Makkah serta meminta pertolongan kepadanya,maka datanglah mereka itu kepada Raja Makkah pada waktu malam.Setelah bertemu mereka itu dengannya naka berceritalah hajat masing masing.Berkata Raja Makkah kepada Imam Mahdi,"Keluarlah kamu hal di dalam keamanan".Maka Imam Mahdi dan jemaahnya pun keluarlah dari Makkah.Maka manakala sampai di pertengahan jalan,Raja Makkah memerintahkan pengawalnya membunuh salah seorang dari jemaah Imam Mahdi pada suatu tempat di antara rukun Hajar Aswad dan makan Nabi Ibrahim.
Bersambung bab ...( KELUAR DAJJAL LAKNATULLAH )
HOME

:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK