Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang, berkorban demi cinta
Suka dan duka suratan-Nya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan moga selamat… bersamamu…
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
Denganmu kupunyai segala
Takkan beruntung seisi dunia
Tuhan kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga.. sisa hidup ini takkan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganmu kebahagiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati itu yang abadi
Memilih sesuatu yang bakal sirna keindahannya sudah menjadi lumrah kemanusiaan. Tetapi memuliakan yang sirna itu hanya insan istimewa sahaja yang mampu melakukannya. Bahkan sudah pasti untuk insan teristimewa jua. Aku mula terfikirkan apa yang dikatakan padaku oleh temanku Zikry. Cinta itu sesuatu yang indah dan tersendiri. Cinta itu adalah suatu perasaan yang hanya wujud bila tiba masanya.
“Kau cemburu?” Satu soalan yang menikam kalbuku. Zikry memaksaku memikirkan jawapannya yang kurasakan sudah ada di dalam fikiranku. Cuma aku ego untuk mengaku. Zikry masih memandang ke arahku menanti lontaran jawapan dariku.
“…” Aku masih diam membatu. Terasa seperti terjerat pula menceritakan resah yang mendesah di dalam benakku selama ini.
“Jawab secara jujur Mir.. kau dengan aku bukan kenal sehari dua..” Zikry menghulurkan sekeping kad padaku. Indah ukiran terlakar di bahagian luarnya, wangi pula baunya. Kubuka perlahan-lahan kad tertulis ‘Jemputan Walimah Raja Sehari’ itu.
“Ellina..? dengan Zarul..?” Aku terpaku memandang nama pengantin yang tertera di dalamnya. Ellina adalah nama yang disebut-sebut Zikry semenjak kami di universiti lagi. Cintanya pada gadis itu tak pernah sirna. Cuma cintanya hanya cinta sebelah pihak. Bahkan Ellina sendiri tahu akan hal itu.
“Mir.. cinta tak pernah menjanjikan kita untuk hidup bahagia dengan dia.. ia datang bila hati dah terpaut, tapi tak semestinya kau bersama dengannya.. kalau kau berjodoh dengan dia, bermakna cinta kau dan dia bersatu atas nama takdir..” Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Zikry itu. Ada benarnya juga apa yang diucapnya itu. Cinta tak semestinya bersatu. Cukuplah aku bahagia kerana pernah manyayangi dia dalam perjalanan hidup aku ini.
***
Aku termangu di tangga rumahku. Aku balik lagi ke kampungku. Cuaca pagi yang indah mendamaikan. Kicau burung sahut menyahut. Bayu lembut menghembus lembut. Aku memerhatikan anak-anak ayam peliharaan ibuku berlari-lari mengikuti ibu ayam mencari makan. Sesekali kulihat ia mengibas-ngibaskan sayapnya yang comel itu.
“Tengok anak ayam tu macam nak makan..” Kak Anisah mematikan lamunanku. Aku tersengih sendirian.
“Takkan nak tengok anak ayam pun salah kot?” omelku. Aku bangun dari bertinggung.
“Bukan tak boleh.. tapi orang kata tak elok duduk di tangga.. nanti tak laku..”
“Akak..? Tu kalau anak dara je.. anak teruna tak masuk kire..” jawabku.
“Menjawab… menjawab…” jeling kakakku.
“Mir…” Suara itu aku kenali. Kutoleh ke arah pohon mangga.
“Fatty.. apehal?” Kulihat mukanya masam semacam je. Awal-awal pagi dah mencuka.
“Takde ape.. saje..” Keluhannya itu aku faham. Biar pun sekuat mana dia berusaha untuk menyembunyikannya, aku tetap dapat menghidu bahwa ada sesuatu yang tidak kena dengan dia.
“Kalo takde ape-ape.. takkan muka kau ni dah macam ayam berak kapur, lembu berak sembelit je nih?” Aku tertawa kecil melihatnya. Dia turut tersenyum kelat. Tapi seketika kemudian, dia kembali mengeluh.
“Mak aku la..” Fatty merenung ke arah jalan. Macam ada satu perkara yang amat besar yang ditanggungnya.
“Kenapa dengan mak kau? Sakit? Elok je aku tengok semalam dok borak-borak dengan mak aku..” Soalku semula.
“Bukanlah.. mak aku sihat je.. tapi..” Fatty terhenti lagi.
“Weh minah.. uh ah eh ah.. dari tadi aku tanya tak jawab-jawab jugak..”
“Mak aku suruh aku kawin…” Perlahan Fatty bersuara lagi.
“Har.. har.. har..” Aku tergelak kecil.
“Weh.. seriusla sikit..” Fatty merungut.
“Ok.. ape masalah kau? Dah mak kau suruh kawin.. kawin je la..” balasku semula.
“Kawin je la..” Senget-senget bibirnya mengajuk kata-kataku semula.
“Kau ingat kawin tu senang gitu je ke? Kau ni sejak kecik sampai dah tinggi macam pokok kelapa nih pun sama je..” Gerutu Fatty lagi.
“Ye la.. takkan tetiba aku bertukar jadi orang lain pulak.. tak senonoh la kau nih..” Aku merenung jalan sama seperti Fatty. Jauh di sudut hatiku terasa terasing jauh. Rasa hampa.. kosong.. arghh.. entah. Aku tak tahu macam mana nak ditafsirkan dan istilah apa hendak digunakan untuk menjelaskan rasa yang baru tumbuh di hati ini.
“Seriuslah Amir…” Fatty bersuara lagi. Kali ini suaranya semakin serak.
Aku bangun dari duduk. Kaki aku melangkah turun dan berdiri di hadapannya. Fatty merenung aku.
“Ape?” Tanya Fatty.
“Jom…”
“Nak pegi mana?” Berkerut mukanya.
“Ikut je la..”
---
Air sungai mengalir jernih. Kicau burung pagi memeriahkan suasana. Kelihatan pak tani dan mak tani sedang bekerja di tengah sawah bendang. Anak-anak kecil berlari-lari di atas batas-batas bendang keriangan. Angin pagi melembutkan suasana. Aku dan Fatty duduk di tebing jambatan yang merentangi sungai sambil menjuntai kaki.
“Lama kita tak datang sini kan?” Fatty tersengih. Jernih air sungai sampai kelihatan anak-anak ikan berenang di dalamnya.
“Hmmm.. sejak kau dah besar..” Perliku. Kami tertawa kecil.
“Kau ingat tak batu tu..” Fatty menuding jari ke arah seketul batu besar di tebing sungai.
“Hmm.. platform kita wat acara terjun Sukan Komanwel..” jawabku tersengih.
“Huhu.. bongok betul si Me’on tu kan.. ade ke terjun dengan kasut sekolah..” Fatty melemparkan anak batu ke dalam sungai.
“Free je wassalam kasut sekolah dia tu.. siap kena perambat dengan abang dia si Zerul tu.. gara-gara kasut sekolah tu..” balasku pula. Kami tertawa lagi.
“Uhu… Zerul tu memang bongek..” Fatty menyambung.
“Tapi yang paling besh.. time kite kena kejar dek tebuan tu la..” kataku pula.
“Sungai ni la jadi penyelamat alam ye tak..? Aku yang tak reti berenang ni pun tetiba je jadi Nurul Huda Abdullah..”
“Kalah Ian Thorpes..” Perliku.
“Perli nampak?” getusnya.
“Takde la.. aku rasa sekejap je kan.. dari zaman budak-budak, kita dah besar panjang macam ni.. dari zaman berhingus masuk ke zaman stylo time sekolah menengah.. then jadi ‘orang’ sekarang ni..” Fatty memandang ke arahku.
“Nape?” Sambungku lagi.
“Takde la.. ko ni sesekali aku tengok.. bercakap mengalahkan Pak Lah la..” Fatty tersenyum.
“Salah ke aku cakap tu?”
“Taklah..” jawab Fatty.
“Sekarang ni kita semua dah ade jalan hidup masing-masing.. kau pun tak lama lagi akan ikut jalan hidup kau pula.. tinggallah aku tercongok sorang-sorang kat sini..” keluhku.
“Weh.. kau ni ape cakap macam tu..” Fatty memandangku.
“Ye la.. kalau kau kawin, takkan ko nak dating ngan aku macam ni lagi kan?” jawabku.
“Bengong..”
“Nak mampos ajak bini orang dating camnie.. mau kena perambat dengan kayu..” sambungku lagi.
“Ala.. kau ni serius sangatlah Mir.. aku still sama jugak la.. Fatty tetap Fatty..” balasnya.
“Ye ke..? Aku cakap ni benda betul la..”
“Ala kau jangan la cakap macam tu.. sedihlah aku dengar.. lagi pun mak aku baru cadangkan je.. bukannya aku nak kawin esok.. yang kau merepek sampai ke luar alam ni pehal..” jawab Fatty.
“By the way.. sape lelaki yang malang sangat tu?” Ejekku.
“Woi… agak-agakla sikit.. kau tak tau ke betapa bertuahnya seorang lelaki dapat jadi laki aku.. tak bangga ke dapat bini cantik.. ayu.. sopan santun.. macam aku nih..” Fatty tersenyum-senyum.
“Wek… uwek.. loya anak tekak aku.. rase geli-geli lubang telinga nih..” Aku buat gaya-gaya nak muntah.
“Kuang ajor..”
“Kalau ayu sekali pun… bawang dengan asam pun tak kenal nak wat ape.. takkan nak makan asam goreng gulai bawang kot..” Giatku. Fatty menarik muka.
“Haih.. ade je kawan aku sorang masuk wad hari ni..” Gertak Fatty.
“Hihi.. rileks la..”
“Kau bile nak kawin ek?” Fatty menukar topik pula. Agaknya dah boring kena kutuk denganku.
“Aku tunggu kau kawin la..” balasku.
“Tollong.. sikit…”
“Sape la yang malang tu ye?” Sambung Fatty.
“Kau la..” jawabku berseloroh.
“Eerrrr… simpang malaikat 55..” balas Fatty.
“Apesal? Kau tak suka ke dapat hubby hensem.. baik.. soleh macam aku nih..?” Giatku.
“Oh.. Tuhan.. tolonglah.. aku taknak la dapat hubby yang suka main taik lembu nih.. geli..” balas Fatty.
“Kuang ajor.. kau kutuk aku yer..”
“Bukan kutuk.. kenyataan.. terima je la..” jawab Fatty sambil bingkas bangun melarikan diri dariku.
“Woi minah… meh sini aku tenyeh dengan taik lembu mulut tu.. dasar sengal betoi..” Aku mengejarnya yang sudah berlari meninggalkan aku jauh di belakang.
“Amir pengotor… main taik lembu…” Fatty berpaling padaku sambil mengulang semula ayat yang dijeritnya masa kecil dulu.
Aku sayang dia. Aku bahagia bila dia tersenyum semula pagi itu. Aku sayang dia.
Follow @LagendaDakJava
Tweet
HOME
:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK