Semalam aku bertemu dengan teman-temanku ketika di universiti dulu. Semuanya datang membawa 'angkatan' masing-masing. Ada yang bertiga, berempat dan ada juga yg awaiting for the 4th person in the family. Bila aku tilik-tilikkan semula, aku dapati rupanya aku seorang saja yg masih solo. Perjumpaan tahunan yang dibuat di hotel terkemuka di bandar itu aku rasakan macam pertemuan keluarga saja. Aku rasa macam nak 'cabut' saja, tetapi memandangkan dari jauh aku datang dan ramai pula yg datang, aku tahankan diri ini at least sampai ke waktu jamuan.
Aku bergegas pulang ke bandar tempat aku bertugas sejurus selesai majlis jamuan malam itu. Aku tak dapat tunggu lama kerana keesokan harinya aku perlu hadir ke majlis sukan di sekolah tempat aku mengajar. Walau pun aku hanya ditugaskan menjaga bahagian penyampaian hadiah, aku memberikan berbagai alasan yg kukira munasabah untuk aku pulang awal. Huhu.
Sesampainya aku ke rumah sewa, aku tak dapat melelapkan mata. Entah apa sebenarnya yg aku risaukan, aku sendiri tidak tahu. Mungkin penat memandu. Aku teringatkan kata-kata Shahrizal malam tadi,
"Ko ni menunggu bulan jatuh ke riba ke? tak pun sibuk mengejar bintang? sampai tak kawin-kawin lagi ni.."
Walau pun kata-katanya itu sekadar gurauan, tapi ada benarnya. Apa sebenarnya yang aku mahukan dalam kehidupan ini sudah separuh kutemui. Cuma aku 'kureng' sedikit bila menyebut bab cinta dan perasaan. Mungkin aku perlu terima hakikat bahawa aku mampu berjaya dalam bidang pengajian, kerjaya dan lain-lain; tapi aku gagal bab perasaan dan cinta. Aku perlu terima hakikat yang aku dilahirkan sebagai lelaki yang tidak pandai menyatakan rasa kasih dan cintanya. Aku tak berupaya untuk menyatakan isi hatiku walaupun aku pasti apa yg kumahu.
Begitulah apa yang terjadi. Aku yakin aku sayangkan dia. Tetapi hanya hati sahaja yang mampu berkata begitu. Bibirku tak mampu untuk meluahkannya lagi. Entah sampai bila harus aku simpan rasa ini. Aku amat meyakini ketentuan jodoh dari Allah. Samada aku berusaha atau tidak, aku pasti akan bertemu jodohku apabila tiba saat dan masanya nanti. Tak perlu risau. Itulah peganganku selama ini.
-----------
"Aik.. lawa-lawa ni nak pegi mana Akak?" Aku bangun mengisi jus oren ke dalam mug Winnie the Pooh di atas meja. Kak Anisah kelam kabut mencapai secawan air untuk diminum.
"Hurm.. ada hal.. penting ni.. Kalau Mir nak makan, senduk sendiri la ye dalam periuk tu.. akak dah masak.." Akak menlangkah meninggalkan aku sendirian.
"Ape la hal penting nye.. ntah ape-ape.." Omelku seorang diri.
"Kamu tak pergi ke Mir?" Terpacul ibu di depan pintu dapur. Hampir-hampir tersembur air oren di dalam mulutku disergah begitu. Nasib baik mampu aku kawal lagi.
"Pergi mana mak?" Aku kehairanan. Tak pula aku tahu ada kenduri kendara hujung minggu ini. Takde siapa pun yang bagitahu aku.
"Buat-buat tak tahu pulak.. kamu ni.." Ibu membetulkan pin tudungnya di hadapan cermin di dinding.
"Tahu apa pulak ni mak? Amir memang tak tahu pun.." balasku ringkas.
"Pergi rumah Fatihah la.." jawabku ibu selamba.
"Rumah Fatty? Ada ape?"
"La... ada ape lagi.. merisik la.." balas ibu. Hampir-hampir sekali lagi aku tersedak mendengar perkataan merisik keluar dari mulut ibu.
"Merisik sape?" aku kebingungan.
"Dah la.. mak takde masa nak berinterview dengan kamu.. nanti kemas sikit dapur ni.. mak pegi kejap je.." balas ibu.
Pulak. Takde hujan takde ribut tetiba saja merisik. Fatty tak cakap pun pada aku ada rombongan merisik minggu ni. Aku mencapai handphone di atas meja.
"Salam.. wei!! apesal tak ckp pun ko dirisik arini?"
---
"Merisik ape benda pulak nih? Ko gila ke pagi2 buta nih?"
---
"Wah... buat2 xtau plak ek.. nak kena baling taik lembu la tu.."
---
"Eh ngong.. buat2 xtau kepla otak kau.. aku mmg xtau la.. tetiba je mak aku suruh pakai cantik2.. mana aku tau org merisik.."
---
"So, sape dia tu?"
---
"Cikgu.."
---
"Aku pun cikgu jugak.."
---
"Kalau ko yg risik, aku lari.. huahuahua"
---
"Cikgu mana nih? Aku kenal ke?"
---
"Hahaha.. jangankan ko, aku pun tak kenal.."
---
"Hah? xkenal.. ko terima ke?"
---
"Kalo dh jodoh.. terima je la.."
---
"Tak nyesal? Kawin ngan alien.."
---
"Lagi baik kawin ngan alien dr kawin ngan ko.."
---
"Blagak ek ko.. sampai hati tak tunggu aku.. hehe"
---
"Aku tunggu la ni.. meh la umah aku.. makan free.."
---
"Xnak la aku.."
---
"Xnak sudah... aku nak kuar tgk bakal mak mertua ni.. babai.. huahua.."
Aku menanti bulan. Aku mengejar bintang kejoraku. Akhirnya, aku jua yang kehampaan. Selamat wahai bintangku...
Follow @LagendaDakJava
Tweet
HOME
:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK