aa

21 August 2012

AKU DAN DIA ( PART 6 )




Aku terkejut juga mendengar sapaan dari entah siapa itu. Kutoleh ke arah lorong tengah. Seorang gadis bertudung merah jambu air dengan t-shirt berwarna merah jambu juga. Wajahnya masyaAllah putih melepak. Berapa tan bedak disapunya aku pun tak tau lah. Tapi sekali pandang wajahnya nampak natural. Semulajadi indahnya ciptaan Allah SWT di hadapanku ini. Huhu.
"Encik..." Dia melambai-lambaikan tangan di depan mukaku. Huh.. aku kembali ke alam nyata.
"Ye..." Aku memandangnya sekali lagi. Dia nampaknya seperti hangin melihat gelagat bongokku barangkali.
"Encik, saya takde masa nak main-main mata.. Encik ni dah salah tempat duduk, ni tempat duduk saya.." Adoi.. kasarnya bahasa.
"Ape salahnya saya duduk di sini?" jawabku. Entah betul entahkan tidak dakwaannya itu. Jangan-jangan dia yang salah tempat duduk, nak cari pasal dengan aku pula.
"Encik.. memanglah salah.. Encik duduk di kerusi saya.. ni.. tengok number seat nih!" Bentaknya sambil menunjukkan tiketnya yang tertera nombor tempat duduk di sudut kirinya. A23.
Aku mengerling ke arah nombor tempat duduk di hadapanku. A22. 'Alamak.. A22.. maknanya kerusi ni A23.. erk.. malunya aku..' getus hatiku.
"Cik adik.. tak boleh ke awak duduk di tempat lain yg banyak lagi kosong tu? Saya dah selesa la duduk di sini.." balasku malu-malu nak mengaku kesilapan aku.
"Eh... awak ni tak faham bahasa ke? Harap muka je lawa, otak tak boleh pakai langsung.." bentaknya lagi.
"Hoi.. kau ingat muka kau tu cantik, aku heran sangat ke? Nah!! amiklah tempat buruk nih.. esok lusa hangkut la nenek kau sekali letak kat kerusi nih.." Aku meninggikan sedikit suara kepadanya. Jelas juga di wajahnya terlakar sedikit rasa terkejut dengan tindakanku itu. Aku berlalu sambil menghempaskan beg sandangku di kerusi hadapan. Panas betul aku dengan minah-minah skema ni. Duduk je la kat mana-mana pun. Takde nye nak luak cantik muka tu. Bengong.

--
"Encik.. boleh saya check tiket?" bahuku ditepuk-tepuk. Tak sedar bila pula aku terlelap. Kupandang keluar tingkat feri, masih di tengah lautan Selat Melaka.
"Kejap ye Encik.." Aku menyeluk saku beg sandangku. Tiket feri kuhulurkan kepadanya. Pegawai bertugas itu kemudiannya mengetik hujung tiket tersebut dang menghulurkan semula kepadaku.
"Baru first time nak pi Langkawi ka?" tanya pegawai itu.
"A'ah.. tak pernah pergi lagi sebelum ni.." balasku berbasa-basi. Apesal la ramai pulak nak beramah mesra denganku hari ni. Hurm.. Pegawai itu berlalu ke arah kerusi A23.
"Cik... mintak tiket.." Aku mendengar di hujung telinga.
"Erm.. ni.." balasnya.
Sepi seketika.
"Cik..." Pegawai itu bersuara lagi.
"Ye.. ade ape Encik?" jawabnya.
"Cik, ini tiket perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.. cik salah tiket ni.." Aku tersentak. Kurang hasam punya minah. Free je aku kena sergah dengan dia tadi. Rupanya salah tiket.
"Eh.. ye ke?" Gadis itu bertanya lagi.
"Iye.. ni ha.. ade tiket Kuala Kedah - Pulau Langkawi tak?" tanya pegawai itu lagi.
"Kejap ye.."
"Cik beli tiket pergi balik kot ni.." teka pegawai itu.
"A'ah.. saya beli tiket pegi balik tadi.. erm.. ni ha tiketnya.." Gadis itu menghulurkan tiket baru kepada pegawai tiket itu.
"Ok.. cik.. kalau ikutkan tiket ni.. tempat cik B01 di sebelah sana.." terang pegawai itu lagi.
"Err... kalau saya duduk sini boleh tak?" Suara gadis itu seperti malu-malu. Agaknya dia perasan aku mendengar perbualan antaranya dengan pegawai itu kot.
"Boleh saja.. takdak masalah.. feri hari ni kosong.. nak dok mana pun takpa.. lagi pun kalau feri kosong macam ni, kami guna sistem free seating.." jawab pegawai itu sambil berlalu meninggalkan gadis itu.
Aku mula berfikiran nakal. 'Huh.. sombong ye.. meh sini aku nak ajar sikit..'
Aku bangun sambil menoleh ke arahnya. Dia tersentak. Merah padam mukanya melihat ke arahku. Sengaja aku angkat begku dan berdiri tepat di tepi deretan kerusinya.
"Err.. Encik.." tegurku pada pegawai tiket tadi.
"Ye Encik.. boleh saya bantu?" jawabnya sopan.
"Feri ni 'free seating' ke?" tanyaku. Sengaja kutekan sikit suara pada perkataan free seating sambil memandang ke arah gadis itu. Ternyata dia tunduk malu. Blushing abes.
"Ye Encik.."
"Oh.. kalau macam tu bolehlah saya nak duduk di kerusi B01 tu kan?" tanya sekali lagi.
"Boleh je.. kerusi tu pun masih kosong.." balas pegawai itu lagi sambil tersenyum.
Aku melangkah ke arah kerusi B01 dan menghempaskan punggung. 'Hurm.. puas hatiku'.

---------
Aku terjaga semula apabila mendengarkan pengumuman dari staf feri yang menyatakan feri telah selamat sampai ke Jeti Pulau Langkawi. Aku segera mengambil barang-barangku yang bersepah di atas kerusi sebelah dan kumasukkan semula ke dalam beg sandang.
Angin bayu Laut Selat Melaka agak panas di waktu tengahari begini. Masing-masing penumpang berpusu-pusu meninggalkan feri menuju ke bangunan utama terminal. Aku memilih untuk menggunakan troli beg yang tersedia. Selesai memunggah beg ke atas troli, aku mengatur langkah. Mujur juga aku pindah tempat duduk ke B01. Lebih cepat untuk aku keluar dari feri tadi.
"Encik.... encik..." Aku terdengar suara orang memanggil di belakang. Aku tak pasti siapa yang dipanggilnya, tetapi aku pasti suara itu dari gadis di atas feri tadi.
'Nak toleh.. taknak.. nak toleh.. taknak.. ah.. lantaklah.. buat-buat tak dengar je la.. malas aku nak layan minah senget tu..' getusku.
Kakiku meneruskan langkah. Sedikit laju dari tadi.
"Encik... encik baju t-shirt merah.. encik..." Dia memanggil lagi. Ah, aku semakin pasti dia memanggilku kerana aku bert-shirt merah.
Aku terus melangkah tanpa menghiraukannya. Lantaklah. Kurang hajor sangat dengan Cikgu Amir sape suruh. Padan muka.
"Hurm..." Kudengar dia mengeluh. Yang pasti dia tidak lagi memanggilku selepas itu. Aku puas hati.
Triit.. triit.. [bunyi handphone]
Ada SMS baru masuk. Dari Fatty.
"Oit Mir.. kau pegi langkawi tak bgtau aku ek.. sampai hati"

"Takkan aku nak ajak kau pulak.. nak mampus.. silap hari bulan kene belasah ngan 'cikgu' kau tu.."

"Hahaha.. ko ni, ko jeles ek? huuhu"

"Takde maknanye nak jeles.. aku dtg sini ade kursus la.."

"Oic.. ko dah smp Lgkwi ke?"

"Baru sampai.. eh, nanti aku call.. nak cari teksi ni.. ade 'peristiwa dalam sejarah' nak citer kat ko.."

"Orait.. ade2 je la ko ni.. babai.."

Aku tersenyum lagi. Hah.. orang yang aku sayang pun akan terlepas.
"Hello.. Assalamualaikum Mak.. Amir dah sampai.."








Comments
0 Comments

No comments:

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Post a Comment

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n     :p   :q   :r   :s   :t Add smileys to Blogger +

Pe agi...comment lerh....ngeh3..

Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK