“Amir!!!”
‘Argh! Aku meluat betullah dengan dia ni. Tak faham bahasa ke?’ Bentak hatiku. Panas. Sepanas bahangnya matahari pagi di Langkawi ini. Begitu mendidih darahku.
“Amir!!!” Jeritnya lagi. Aku mendengus.
“Ape lagi kau nak?” tanyaku seraya berpaling ke arahnya.
“Saya nak minta maaf..” jawabnya. Aku kira butiran kata-kata itu terluah dari hatinya yang ikhlas. Nampak terpancar jelas dari wajahnya yang redup berdiri tegak di hadapan aku seperti patung. Kurenung wajahnya tak beriak.
“Ape salah kau ha?” Aku menaikkan tahap keegoanku. Anak lelaki jangan tunduk di telunjuk wanita.
“Amir.. saya tahu awak faham maksud saya.. saya akui saya salah tempoh hari.. sebab itu saya nak minta maaf..”. Barangkali jika aku turutkan hati, lebur juga aku dengan keikhlasan dia. Tapi aku masih mahu menguji dia. Belum puas rasanya membalas balik apa yang telah dia lakukan di atas feri yang lepas. Malu di wajahku ketika itu setebal tujuh inci dipandang sinis oleh penumpang-penumpang lain mesti dituntut belanya.
“Senang betul ye nak minta maaf.. dah lah.. aku blah dulu..”.
Dua hari aku berada di kursus ini, dua hari juga aku bermasam muka dengannya. Kadangkala aku terfikir juga, apa besar sangatkah dosa dia padaku hingga begitu dahsyat dia aku musuhi? Atau mungkinkah kekecewaan yg bersarang di dalam diriku ini sebenarnya membuat hatiku keras membatu? Atau aku tidak dapat menerima hakikat bahawa cintaku pada Nur Fatihah Umairah ku sudah tertutup; maka aku menumpahkan rasa dendamku pada Nurul Firdaus ini?
Hatiku panas. Entahlah. Aku sendiri kadang-kadang terasa pelik. Aku tidak dapat mentafsir apa sebenarnya kemahuanku. Sukar bagiku untuk menilik perasaanku sendiri. Aku panas melihat dia. Aku boleh saja naik berang dengan dia. Tidak kira di mana dia menjadi tatapan mataku, serentak itu juga hatiku menggelegak marah. Bagai ada suatu kuasa yg ingin menguji kemampuanku mengawal kemarahanku. Aneh bagiku kerana aku tidak dapat memberikan alasan yg ampuh terhadap setiap reaksiku padanya. Sedang dia; bagai air yg menitis ke atas batu. Tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Di mana sahaja kami bertembung, kata-kata maaf akan diucapnya. Nurul Firdaus.. ikhlaskah engkau dengan maafmu? Amir Mujahid.. mahal benarkah lafaz kemaafanmu? Hurm...
Semalam aku bertembung lagi dengan ‘Cahaya Syurga Firdaus’ itu di dewan makan. Mataku bertembung dengan matanya. Seperti biasa dia mengukir sekuntum senyum buatku. Aku buat selamba. Tidak menunjukkan sebarang reaksi. Konon menunjukkan rasa benciku padanya. Tapi dia tetap setia memberikan senyumnya padaku. Tegar benar hatinya untuk melembutkan aku yang keras kepala ini.
“Amir.. saya minta maaf atas apa yg berlaku di atas feri tempoh hari.. Saya tak..” Belum pun sempat dia menghabiskan kata-kata, aku meninggalkan dia dengan sebuah renungan yg sinis. Aku tahu dia mengeluh melihat reaksi dariku. Tapi aku puas. Ya. Aku puas hati kerana untuk ke sekian kalinya aku berjaya menyakitkan hati Nurul Firdaus itu. Benarkah aku berjaya menyakitkan hatinya? Atau sebenarnya aku telah membuat dia lebih kuat untuk memenangiku.
“Engkau ni Amir.. ada masalah sejarah silam ke dengan Nurul tu?” Syafwan menegurku ketika aku baru saja melabuhkan punggungku di sebelahnya. Aku diam. Otakku ligat mencari jawapan untuk pertanyaan teman yg baru aku kenali selama beberapa hari di sini. Guru Matematik dari Terengganu yg kini bertugas di sebuah sekolah menengah di utara.
“Adalah sikit-sikit..” Aku cuba mencari alasan.
“Tak baik kau buat Nurul tu macam tu, maafkan je la.. tak ke mana marah tu..”. Ya. Logik juga kata-kata Syafwan. Maafkan sajalah. Akan aku pertimbangkan.
“Thanks Wan.. cadangan akan dipertimbangkan..” balasku.
Cadangan dipertimbangkan konon. Itu apa yg aku luahkan dari mulut sahaja. Hakikatnya hatiku masih keras. Tidak sedetik pun aku pertimbangkan nasihat Syafwan itu. Malah aku jadi lebih membatu. Kalau bisa aku jadikan perumpamaan, hatiku ini umpama seketul batu kapur. Kalau dititiskan air, aku berubah sedikit; tetapi hakikatnya aku masih batu yg keras dan tegar.
Semalam berlaku peristiwa yg mula menggetarkan hatiku. Itulah kali pertama hatiku simpati melihat dia. Walaupun ia berlaku umpama sekelip mata, tapi itulah titik permulaan aku mempertimbangkan untuk memaafkan dia. Mungkin salahku, atau pun dia yg lebih-lebih. Tapi sedikit sebanyak aku turut menjadi penyumbang kepada peristiwa hari ini dalam sejarah itu.
Kami mengikuti aktiviti jungle trekking. Kami dipecahkan ke dalam beberapa kumpulan. Aku di dalam kumpulan A dan dia di dalam kumpulan B. Masing-masing perlu cepat menghabiskan semua soalan uji minda yg diberikan. Denda yg dijanjikan pada kumpulan yg kalah kukira menjadi pembakar semangat untuk setiap dari kami gigih berusaha.
Detik cemas itu berlaku tika aku mendahului Nurul Firdaus menyeberangi air terjun.
“Amir.. Amir.. chaiyyok Amir..” jerit teman-teman sekumpulanku memberi semangat kepadaku untuk menamatkan ujian menyeberangi air terjun itu. Aku pun apa lagi, melompat hebat antara satu batu ke satu batu. Gaya macam orang dah biasa saja.
Dan Nurul Firdaus pula semakin hampir mendekatiku dari arah belakang. Inilah masanya untuk aku cuba menyakiti hatinya lagi. Hebat juga ketangkasan dia. Namun, ego seorang lelaki sukar untuk dikalahkan. Aku menguatkan lagi daya untuk meninggalkan dia yg sudah separuh jalan. Dan pada lompatanku yg terakhirlah yg menyaksikan dia menjadi korban.
Semua pelatih tergamam melihat Nurul Firdaus. Ada juga yg tertawa kecil dan ada yg tidak berkata apa-apa. Entah siapa yg salah langkah, dia terjelepok ke dalam air terjun yg sejuk itu. Aku sampai ke tebing, dan dia kebasahan di dalam air. Kesejukan. Aku melihat dia dengan rasa puas hati. Hari ini pembalasan yg agak berbaloi.
Tapi, perasaan puas itu hanya sekejap. Tiba-tiba hatiku merasa belas melihat dia. Terkial-kial untuk bangun dan sungguh susah payah menentang arus air yg deras. Padankah kesilapannya sekecil hama itu aku balas dengan sekeras itu? Dia memalukanku di hadapan beberapa penumpang feri, tapi aku membalasnya di hadapan teman-teman sekerja. Dan aku tambahi dengan sakit kerana terjatuh, malu kerana ditertawa, kesejukan di dalam air dan juga rasa kecewa kerana dia menjadi penyebab kumpulannya tewas.
“Woi.. korang tengok je ke?” Aku menjerit sinis pada kumpulan B. Aku buat muka selamba. Konon aku rasa gembira kerana memenangi cabaran. Tapi, jauh di sudut hati, aku mahu mereka bantu Nurul Firdaus itu keluar dari situasi itu. Ego yg maha tinggi menghalang aku untuk membantunya.
Dan ketika kami bergerak meninggalkan tempat kejadian, baru aku perasan bahawa batu terakhir yg kupijak tadi tiada di tempatnya...
---
Semalam aku agak moody sedikit. Selain kerana aku selalu sahaja terserempak dengan Nurul Firdaus, aku juga terasa seolah-olah Fatty semakin jauh dariku. Seharian aku hantar SMS kepadanya dan misscall jangan cakaplah. Satu pun dia tak balas. Takkan cikgu tadika macam dia pun sibuk di hujung minggu begini? Mungkin aku perlu kurangkan sedikit menghubungi dia. Almaklumlah orang sudah dipinang. Dah tentu sibuk melayan cik abangnya.
Aku berjalan-jalan seorang diri di pantai. Selepas ceramah motivasi petang tadi, aku tidak beritahu kepada sesiapa pun bahawa aku ke pantai. Nak mencari ketenangan sendirian. Hari ini pun aku sudah hampir seminggu menghabiskan masaku di kursus ini. Hembusan bayu pantai bagai memberikan aku semangat untuk terus berjalan dan berjalan di pesisir pantai itu. Kadangkala aku berselisih juga dengan anak-anak kecil yg berlari-lari sambil membuat istana pasir.
“Fatty... bak la sini baldi aku tu..” jeritku. Zaman anak-anak adalah yg paling indah. Tiada sebarang masalah menjadi belenggu diri. Aku mengejar Fatty. Ketika itu kami sekampung membuat rombongan beramai-ramai ke pantai. Cuti persekolahan hujung tahun.
“Pinjamlah kejap.. kedekut benar..” bebel Fatty sambil melarikan baldi kecil di tangannya.
“Kau nak bagi ke tak?” jeritku lagi. Termengah juga mengejarnya.
“Kalau aku taknak bagi, ape kau nak buat?”
“Aku sepak istana pasir kau ni..” Ugutku. Aku menggaya-gayakan kakiku seperti orang hendak menyepak istana pasirnya.
“Amir.. ko jangan nak buat hal.. kalau kau sepak, aku buang baldi kau ni ke laut..” jerit Fatty.
“Bak la sini.. baldi tu aku punyalah..” jeritku. Panas sudah hatiku tika itu.
“Aku pinjam kejap..” laungnya.
“Argh...!” Sekali kaki kanan kuhayun, berderai istana pasir yg dibina Fatty. Aku puas. Ingat aku main-main ke?
“Amiiirrrr...” Fatty menjerit. Terkejut agaknya dengan tindakan nekad aku itu.
Dia berlari deras menuju ke arah himpunan pasir yg membentuk istananya. Kini sudah berderai dek sepakanku tadi. Aku berdiri dengan muka benar-benar marah. Fatty teresak-esak terjelepok di hadapan istana pasirnya. Dikaup-kaup semula pasir yg berserakan dengan kedua tangan mungilnya. Air jernih mengalir laju di pipinya. Sambil mengusap airmata, sambil itu juga dia berusaha membina semula istana pasir yg sudah hancur berkecai itu. Dan aku, tidak sedikit pun merasa belas. Malah aku rampas baldi milikku dan berlalu tidak bersalah. Hurm.. zaman anak-anak. Dek kerana baldi kecil itu, dan keruntuhan istana pasir itu, Fatty melancarkan perang dingin denganku. Seminggu kami tidak bertegur sapa. Dia mendiamkan diri di dalam rumahnya, dan aku pula termangu-mangu tidak tahu hendak buat apa kerana tiada teman bermain.
“Abang...!!” jeritan anak kecil mematikan lamunanku. Aku kembali ke alam nyata. Aku menoleh. Seorang anak kecil menangis melihat aku. Apehal pulak ni? Kulihat ke bawah..
“Oh... abang mintak maaf dik... abang tak sengaja..” segera kutarik kakiku ke belakang. Aduh, aku buat hal lagi. Kali ini istana pasir anak kecil ini aku hancurkan pula. Nasib baik hanya separuh sahaja bahagian istana pasir itu hancur. Budak itu masih menangis di sisi istana pasir itu. Hah.. aku tergamam jugak.
“Ok.. adik jangan nangis.. abang betulkan balik istana ni ok..?” aku memujuknya.
“Buat balik macam tadi..” jeritnya.
“Ok.. ok.. abang buat balik ye..” pujukku lagi. Dia diam memerhatikan aku merepair istananya itu.
"Amir..." Aku kenal suara itu. Aku menoleh..
bersambung....
Follow @LagendaDakJava
Tweet
HOME
:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK