Pujangga Taufik Al-Hakim mengandaikan bagaimana orang mukmin akan menghabiskan hari pertama mereka di dalam syurga kelak.
Orang-orang miskin akan makan dengan banyak sehingga memeranjatkan malaikat yang melayani mereka.
Mungkin malaikat akan menasihati mereka agar makan dengan perlahan dan tertib, tetapi nasihat itu tidak didengari.
Mereka terus mengenyangkan perut dengan segala makanan yang segar dan enak seolah-olah hidangan itu tidak lama lagi akan diangkat dari situ. Mereka bimbang buah-buahan itu akan kehabisan seperti yang berlaku di dunia.
Malaikat : "Jangan makan terlalu banyak. Jangan bimbang kerana makanan akan selama-lamanya ada di sini (di syurga)."
Manusia : "Selama-lamanya ada di sini?Baik, kalau satu hari nanti kami lapar, apa akan jadi kepada kami?”
Malaikat : “Tuan-tuan, di sini tidak ada kelaparan buat selama-lamanya.”
Manusia : “Siapa jamin? Di dunia orang berkata begitu. Ada pemimpin-pemimpin yang memberitahu kami : “ Kamu tidak akan lapar di bawah dasar-dasar pemerintahan kami.”
“Kami pun ikut pada peringkat pertama, tiba-tiba kami dapati negara lapar kerana rakyat, dan bila kami ikut lagi di peringkat kedua, tiba-tiba kami dapati rakyat pula lapar kerana negara.”
Malaikat : “Tuan-tuan, syurga tidak dimasuki kelaparan.”
Manusia : “Itu kita boleh lihat kemudian…”
Salah satu malaikat membisikkan ke telinga rakannya,
“Perasaan takut pada kebuluran belum lagi hilang daripada ingatan mereka. Barangkali kebuluranlah yang mula-mula lahir di bumi dan yang paling akhir ‘mati’.”
Follow @LagendaDakJava
Tweet
HOME
:a
:b
:c
:d
:e
:f
:g
:h
:i
:j
:k
:l
:m
:n
:p
:q
:r
:s
:t 


Sumber: http://note.alzafiles.com/2012/04/pasang-emoticon-kucing-di-komentar.html#ixzz24EU7OxDK